• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tutup Kes Konspirasi 3 Tan Sri Ke Atas PM

oleh
02/08/2016
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

EPISOD gempar mengenai laporan polis dibuat Naib ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun konon tiga bekas pegawai tinggi kerajaan berkonspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berakhir.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Selasa memberitahu bahawa polis telah menutup kes itu dan tidak akan meneruskan siasatan dakwaan tersebut kerana mendapati laporan berkenaan dibuat berasaskan andaian.

Ia melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail

Polis ujar beliau juga tidak akan memanggil ketiga-tiga individu tersebut untuk memberi keterangan lebih lanjut.

Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis jamuan Hari Raya di Kuala Lumpur, Abdul Khalid berkata polis sudah merakamkan keterangan Khairul Azwan dan beliau tidak dapat beri apa-apa bukti untuk sokong dakwaannya.

“Jadi polis tidak berhajat untuk meneruskan siasatan, kita malah telah memberhentikan siasatan tersebut,” katanya. Walau apapun kata beliau, polis tidak pula akan mendakwa Khairul kerana membuat laporan palsu.

“Tidak, dia mungkin baca laporan dari akhbar, dan dia mendengar cerita, dia ada sebab untuk membuat laporan polis. Tetapi apabila temubual dia, kita mendapati apa yang dituduhnya cuma berdasarkan cakap dengar.

“Ia juga mungkin maklumat apa yang dia baca, jadi andaian tersebut kita tidak boleh meneruskan siasatan,” kata Abdul Khalid.

Khairul Azwan dalam laporannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur baru-baru ini mendakwa mereka sama ada berseorangan atau berkumpulan menyalurkan maklumat tanpa kebenaran kerajaan kepada pihak asing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengulas hal berkenaan pada sidang akhbar mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Jumaat lalu menjelaskan bahawa laporan polis dibuat itu atas kapasiti individu dan bukan parti.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut memberitahu hal yang sama kepada wartawan bahawa tindakan Khairul Azwan itu bukan mewakili sayap pergerakan tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd