• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bukan Senang Nak Bersihkan Taik” – NUJ Utusan Melayu

oleh Ahmad Albab
02/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjung Malaysia Cawangan Utusan Melayu berdiri teguh di belakang kepimpinan Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Noordin Abbas menerajui syarikat itu.

NUJ Semenanjung Malaysia Cawangan Utusan Melayu dalam satu kenyataan berkata, kesatuan itu meletakkan kepercayaan penuh kepada Noordin dalam usahanya menyelamatkan syarikat itu.

“Noordin bersungguh-sungguh berusaha meningatkan pendapatan dan keuntungan syarikat dengan mencari sumber pendapatan lain. Tidak bergantung kepada penjualan akhbar, majalah dan iklan.

“Bukan senang nak bersihkan `taik’ yang dilakukan kepimpinan tertinggi syarikat sebelum ini. Segala kepincangan tersebut tidak perlu diulas panjang lebar. Segala masalah yang dihadapi biar kami tangani dengan cara kami,” tegas kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan negatif media propembangkang syarikat ke atas akhbar berbahasa Melayu itu yang didakwa sedang `sakit’ kerana mengalami masalah kewangan.

NUJ Semenanjung Malaysia Cawangan Utusan Malaysia mengakui Utusan Melayu pada 21 Julai lalu mengeluarkan surat pekeliling mengenai kelewatan pembayaran gaji bukan eksekutif dan ia menjadi viral di internet.

Jelas kenyataan itu, kelewatan pembayaran gaji itu turut membabitkan kakitangan eksekutif yang dijadualkan gaji pada 24 Julai (setiap bulan tarikh sama) dibayar lewat pada 29 Julai.

“Manakala kakitangan bukan eksekutif yang dijadualkan gaji 30 Julai (setiap bulan) dibayar lewat pada 5 Ogos,” kata NUJ Semenanjung Malaysia Cawangan Utusan Melayu yang mewakili petugas bukan eksekutif akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad.

Bagaimanapun, kata NUJ Semenanjung Malaysia Cawangan Utusan Melayu, masyarakat umum sedia maklum dalam keadaan ekonomi sekarang kebanyakan syarikat mengalami kerugian dan berpotensi menutup operasi.

Namun, kata kenyataan itu, syarikat Utusan Melayu masih bertahan dalam cuba mengambil langkah terbaik dalam mengurangkan kos operasi dan mencari peluang perniagaan baru malah tanpa membuang pekerja.

Justeru, NUJ Semenanjung Malaysia Cawangan Utusan Melayu berharap masyarakat tidak bersangka buruk dan mempercayai dakyah pembangkang yang memburukkan syarikat Utusan Melayu dan UMNO membabitkan keadaan yang berlaku.

“Kesatuan menyokong seruan Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM), Dato Raja Ahmad Niza melalui laman blog zamkata.blogspot.my yang menyeru supaya langkah segera diambil bagi menyelamatkan Utusan Melayu yang sedang berada dalam keadaan “sakit”,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

Tags: pembangkangUtusan Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd