• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Hasilkan Bawang Tidak Pedihkan Mata

oleh AK-47
02/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Sebuah syarikat makanan Jepun, House Foods Group (HFG), mendakwa pihaknya telah berjaya mencipta bawang yang pasti tidak membuatkan anda menitis air mata apabila dipotong.

Bawang India yang diberikan nama sebaga Smile Ball itu, merupakan bawang yang pertama di dunia yang terhasil daripada kajian yang dijalankan oleh syarikat tersebut.

Jepun Hasilkan Bawang Tidak Pedihkan Mata

Menurut sebuah portal Singapura, pada 2002, penyelidik syarikat berkenaan telah menerbitkan sebuah rencana tentang keistimewaan bawang tersebut.

Kejayaan Smile Ball telah mendorong HFG untuk mewujudkan visi tentang penghasilan bawang bebas air mata yang pertama seumpamanya di dunia.

Daripada kajian selama 10 tahun itu, pihak HFG telah menemui ‘bahan’ yang menyebabkan air mata terhasil dan berjaya mengubah sifat sejenis enzim yang memedihkan mata di dalam bawang itu.

Sejenis bahan formula akan dilepaskan ke udara ketika bawang itu dihiris untuk menghalang penghasilan air mata.

Jepun Hasilkan Bawang Tidak Pedihkan Mata

Jepun Hasilkan Bawang Tidak Pedihkan Mata

Bahan formula yang disemburkan ke udara itu tidak akan mengubah rasa serta khasiat yang terdapat di dalam bawang tersebut.

Malah menurut pihak HFG, Smile Ball mempunyai rasa manis seperti epal atau pear apabila dimakan secara mentah-mentah. Bagaimanapun, sebagai percubaan, Smile Ball hanya dipasarkan di sekitar Tokyo dan atas talian.

Sebanyak 5 tan bawang Smile Ball telah berjaya dijual dengan harga 450 yen (RM17.79) sekilogram yang mana harganya dua kali ganda daripada harga bawang biasa.- MYNEWSHUB.CC

Tags: jepunSmile Ball
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd