• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepada Abang Fadil: Ana Doakan Anta Selamat

oleh Ahmad Albab
02/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pertama kali bertemu empat mata dengan Abang Long Fadil (ALF), saya terpesona dengan auranya. Sebelum bertemu, saya hanya mendengar cerita mengenai lelaki bertatu anak Singapura ini.

Kami bertemu di Hotel Royal Chulan ketika majlis Screening Ramadan TV Alhijrah. Sebagai tamu, ALF harus naik ke pentas dan menyampaikan ucapan kepada 300 hadirin. Dia nampak tenang, walaupun sebak ketika bercerita mengenai perjalanannya hijrahnya.

“Saya mahu buat ibu gembira, saya mahu bawa ibu ke Mekah,” katanya ketika berucap.

Malam itu, selepas majlis perasmian, ALF diburu banyak wartawan. Antaranya, Nor Akmar Shamsudin dan Saodah Ismail. Saya aturkan kerana dua wartawan ini kawan lama saya. ALF tidak sempat makan dan nampak letih sekali selepas dua sesi temubual eksklusif. Beberapa wartawan masih menungguh giliran.

“Makanlah dulu,” kata saya. Dia nampak sangat lesu dan keliru. Wajahnya nampak bingung dan matanya nanar kerana keletihan setelah baru tiba dari Singapura petang hari yang sama.

“Saya tak boleh fikir apa-apa,” katanya.

Waktu itu, ALF memegang kepalanya. Saya yakin, majlis yang sarat dengan tetamu, serta begitu ramai orang yang asyik berebut untuk berfoto dan berselfie, membuatkan ALF rasa agak bingung.

Dalam keletihan, muncul Ustaz Don Danial Don Biajid. Saya memperkenalan mereka. Kedua saling bersalaman dan berpelukan erat; seperti lawan lama yang tidak berjumpa. Padahal, itu kali pertama mereka bertemu.

“Syeikh,” kata saya pada Ustaz Don: “Doakan Fadil cepat kahwin.”

Ustaz Don menarik ALF dan saya lalu membentuk lingkungan. Kami mengangkat tangan ketika Ustaz Don memulakan doa. Selesai berdoa kedua sahabat baru berkenalan itu berpuluk sekali lagi. Ustaz Don menepuk belakang ALF berkali-kali ketika berpelukan.

Selepas itu giliran Ustaz Don melayani rakan wartawan. Ketika tetamu sibuk menjamu selera, dan saya nampak jelas ALF seperti hampir pitam, saya fikir – majlis yang dipenuhi ramai tetamu menyiksa anak muda ini.

Saya cepat-cepat meminta rakan karibnya supaya segera menyusup dan melarikan ALF naik ke bilik hotel untuk berehat. ALF nampak sangat lega ketika kami melarikan dia naik ke bilik hotel.

Pukul 1.00 pagi, rakan baik saya, Syed Amran mengirim sekeping foto selfie bersama ALF di Selangor Mansion, Jalan Masjid India. Rupanya, ALF kelaparan lalu menyusup keluar dari bilik hotel pada dini hari untuk mencari roti canai.

Saya akan ingat lelaki Singapura. Dia bekas gengster, masih bertatu. Tetapi lurusnya bukan main. Saya fikir, sikap remdah diri dan cuba menjaga hati orang lain menyebabkan dirinya keletihan. Dia cuba memenuhi semua temubual kerana tidak mahu dianggap sombong.

Itu pertemuan pertama saya dengan ALF. Selepas tarikh itu, saya hanya mengikuti perkembangannya di media massa. Cuma saya tergerak menulis rencana ini bila terbaca, ALF sudah dua kali mengalami kemalangan jalan raya dalam tempoh dua minggu.

Kepada ALF, saya tahu – anta pasti OK saja dengan apa yang terjadi. Kemalangan di jalan yang lurus tidak akan mencacatkan perjalanan anta!

Ana doa anta selamat!

Ya Allah! Perliharalah budak Singapura yang lurus ini!

Tags: Abang Long Fadhilkemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd