• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Tiga Lelaki Bersama 5 Kilogram Dadah

oleh Ahmad Albab
01/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis berjaya menumpaskan satu kumpulan pengedaran dadah dengan penahanan tiga lelaki termasuk dua beranak di sebuah stesen minyak di Bandar Pusat Jengka, Maran pada petang Jumaat lepas.

Hasil penahanan mereka pada pukul 4.30 petang itu, polis berjaya merampas hampir lima kilogram dadah dianggar bernilai RM228,903 di dalam bonet belakang kereta mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Lam Thiam Huat berkata hasil maklumat awam, polis telah melakukan serbuan dan menahan sebuah kereta BMW yang dinaiki suspek berumur antara 24 hingga 46 tahun.

“Hasil pemeriksaan, polis telah menjumpai dadah jenis heroin seberat 4.5 kilogram dan syabu seberat 404 gram yang dianggarkan nilai keseluruhan RM228,903 di dalam bonet belakang kereta yang dinaiki mereka.

“Dadah itu dipercayai untuk dipasarkan di tiga daerah iaitu Maran, Temerloh dan Jerantut, jika terlepas di pasaran boleh membekal dadah kepada 15,000 penagih dadah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Berdasarkan siasatan lanjut katanya, suspek memperoleh bekalan dari Pulau Pinang untuk diedar ke tiga buah daerah berkenaan.

Katanya, seorang daripada suspek juga mempunyai 17 rekod kesalahan lampau.

Kesemua suspek kini ditahan reman seminggu sejak Jumaat lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd