• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Objek Seperti Bayi Dijumpai Di Kawasan Longkang

oleh Ahmad Albab
01/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis mengesahkan tiada sebarang objek seperti bayi dikesan di sepanjang longkang besar berhampiran kawasan Perpustakaan Awam Negeri walaupun pencarian diperluaskan sehingga ke muara sungai Terengganu sejak operasi pencarian disambung semula pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Suffian Sulaiman berkata operasi pencarian yang dilakukan pihak polis dan Bomba itu dihentikan kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

“Operasi pencarian itu disambung semula kira-kira pukul 7 pagi tadi namun sehingga petang tiada sebarang petunjuk dan objek seperti yang didakwa itu dijumpai.

“Pelbagai usaha kita telah laksanakan dan sehingga ke kawasan muara sungai dilakukan namun tidak menemui apa-apa sebelum menghentikan operasi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pekerja Dakwa Lihat Objek Menyerupai Bayi Dalam Longkang

Semalam seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mendakwa menjumpai objek seperti bayi di dalam plastik ketika melakukan pembersihan di kawasan itu.

Terkejut melihat kepala bayi itu pekerja yang berusia 19 tahun berkenaan melepaskan kembali plastik yang mengandungi objek tersebut.

Sementara itu Suffian berkata agak sukar untuk mengesahkan laporan yang diterima itu berikutan hanya pekerja itu seorang sahaja yang melihat objek tersebut.

Jelasnya pihaknya telah mengambil keterangan pekerja terbabit untuk siasatan lanjut.

“Kita tidak tahu sejauh mana kebenaran kes berkenaan dan susah untuk kita buktikan kerana hanya pekerja itu yang melihat dan kita tidak mempuyai saksi lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: bayi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd