• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kepercayaan Antara Ahli Lama Hilang”

oleh AK-47
02/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penganalisis politik Khoo Kay Peng berkata hari ini bahawa kepercayaan dan keyakinan di antara ahli Pakatan Harapan telah ‘lama hilang’.

“Mereka tidak bertindak sebagai satu parti perikatan. Berdasarkan satu sidang media yang diadakan oleh (Lim) Guan Eng, jelas beliau kelihatan tidak begitu gembira tentang hakikat itu,” kata Khoo kepada portal FMT.

Khoo memberikan komen terhadap sebuah sidang media yang diadakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam, mengumumkan bahawa DAP telah membatalkan niat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk membuka laluan kepada pilihan raya mengejut susulan bantahan PKR.

Ketua menteri itu berkata keputusan DAP tersebut dibuat selepas pucuk pimpinan sekutunya, termasuk timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, tidak bersetuju dengan idea pilihan raya mengejut dan adalah menjadi pegangan partinya bahawa persidangan hanya boleh diadakan dengan persetujuan tiga lagi parti yang lain.

“Berdasarkan sidang media itu sendiri, ini bukanlah petanda yang baik untuk PH. Kredibiliti dua parti ini sudah tercalar.”

Jika DAP membuat keputusan untuk meneruskannya tanpa PKR, maka ianya bakal menjadi pengakhiran bagi sekutu Pembangkang, tambah Khoo lagi.

Bagaimanapun, dalam satu laporan dalam New Straits Times hari ini (Isnin), penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia Dr. P. Sivamurugan mempunyai pandangan berbeza dengan berpendapat langkah itu menunjukkan kematangan.

Beliau menyifatkan keputusan untuk tidak meneruskan pilihanraya mengejut itu sebagai ‘satu langkah yang bijak’.

“Cadangan itu mengakibatkan pemimpin dari DAP dan PKR – dua sekutu dalam PH – untuk bercanggah pendapat secara terbuka dan menunjukkan kepada masyarakat tahap kematangan mereka.

“Adalah penting bagi PH untuk meyakinkan masyarakat bahawa sebarang keputusan yang dibuat lebih mengambil kira kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi,” kata Sivamurugan lagi.

Sementara itu, pemimpin Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah memuji langkah tersebut dengan mengatakan ianya sebuah resolusi yang positif.

“Saya gembira sebuah persetujuan akhirnya dapat dicapai dan pujian harus diberikan kepada pihak Pembangkang atas usaha mereka, terutama sekali DAP.”

Tambah Maria lagi, ia menunjukkan bahawa pihak Pembangkang telah melakukan sedaya upaya untuk mengambil kira pendapat berbeza dan mampu mengatasi masalah melalu perbincangan.

“PKR pula telah membuktikan diri mereka seperti yang dijangkakan dan berupaya bukan sahaja untuk menegakkan pendirian mereka, malah mampu berunding secara baik dengan ahli sekutu PH yang lain sehingga kata sepakat tercapai. Itu merupakan sesuatu yang wajar dipuji.

“Ia juga menunjukkan bahawa PH telah meletakkan keutamaan sepenuhnya keatas melawan skandal terbesar negara ini – 1MDB,” kata Chin kepada FMT. – Free Malaysia Today/MYNEWSHUB.CC

Tags: khoo kay pengpakatan harapanpolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik

Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik

21/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO menggesa sebarang tindakan undang-undang terhadap ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh, perlu dilaksanakan secara adil, telus...

TikTok Larang Iklan Politik

TikTok Larang Iklan Politik

01/03/2023
0

PETALING JAYA: TikTok Malaysia tidak lagi membenarkan sebarang bentuk kandungan berbayar yang mempromosikan berkaitan politik dalam platform media sosial berkenaan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd