• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Warga India Simpan 1,011 Ekor Kura-Kura Tanpa Lesen

oleh Ahmad Albab
01/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dua lelaki warga India mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyimpan 1,011 ekor kura-kura jenis ‘Indian Star’ tanpa lesen dan menyakiti hidupan liar itu.

Ayub Khan Nazeer, 36, pekerja restoran dan Jaffar Sadik Khaja Mohideen, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.

Mereka didakwa bersama-sama menyimpan kura-kura jenis itu yang tidak matang, iaitu hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 di dalam Jadual Pertama, tanpa lesen, di bawah Seksyen 61 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh juga didakwa bersama-sama menyimpan kura-kura yang sama di dalam 44 bekas bakul plastik dengan cara yang menyebabkan kesakitan atau penderitaan terhadap hidupan liar itu mengikut Seksyen 86 (1)(c) yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri bernombor 43, Jalan 22/44, Taman Sri Aman, Seksyen 22, Taman Aman di sini pada 6.30 petang, 25 Julai lalu.

Pegawai Pendakwa Jabatan Perhilitan, Abd Aziz Mohd Yasin, tidak menawarkan sebarang jaminan kepada kedua-dua tertuduh atas faktor mereka merupakan warganegara asing namun memohon mahkamah menetapkan satu jaminan yang tinggi dengan dua penjamin setiap seorang sekiranya jaminan dibenarkan.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan dua orang penjamin warganegara Malaysia dan menetapkan 30 Ogos untuk sebutan kes. – BERNAMA

Tags: dendakura-kura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda

Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda

23/10/2025
0

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Indonesia dihukum penjara 15 tahun dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

21/05/2025
0

Johor Bahru: Seorang pengurus projek dijatuhkan hukuman penjara sehari kerana membangunkan estet perindustrian melebihi 20 hektar di sini, tanpa mendapat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd