• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Boleh Guna Pasport Malaysia Yang Dilaporkan Hilang

oleh Ahmad Albab
01/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang dijumpai semula selepas dilaporkan hilang tidak boleh digunakan dan permohonan gantian PMA perlu dibuat untuk tujuan ke luar negara, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN dalam satu kenyataan hari ini berkata kementerian itu mewajibkan kehilangan PMA dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa 27 Feb tahun lepas.

Menurut KDN, semua maklumat mengenai PMA yang dilaporkan hilang akan dikongsi dalam pangkalan data Interpol.

“Langkah ini diambil bagi memastikan PMA berkaitan tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam konteks ini, PMA yang dijumpai semula tidak boleh digunakan dan permohonan gantian PMA hendaklah dibuat untuk tujuan ke luar negara,” katanya.

Menurut KDN, Pangkalan Data Stolen and Lost Travel Document (SLTD) Interpol boleh diakses oleh beberapa negara termasuk Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Penggunaan semula PMA yang dilaporkan hilang di negara-negara yang mempunyai akses kepada pangkalan data SLTD Interpol akan diambil kira sebagai perjalanan dengan dokumen yang tidak teratur, katanya.

Ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah kepada pemegang PMA sama ada pemilik sebenar atau pihak ketiga yang cuba menyalahgunakan PMA berkenaan.

“Dengan ini, KDN mengingatkan semua pihak supaya mematuhi arahan melaporkan kehilangan PMA kepada PDRM dan memohon gantian PMA untuk tujuan perjalanan keluar negara,” kata KDN. – BERNAMA

Tags: KDNPASPORT
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia

Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia

06/11/2025
0

PASPORT MALAYSIA ANTARA TERKUAT DI DUNIA, TANGGA KETIGA RANKING 2025 Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR, 5 Nov — Pasport Malaysia kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd