• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Kembara Kerjaya Sabah Tawar 8,809 Peluang Kerja

oleh Ahmad Albab
31/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Program Kembara Kerjaya Sabah dan Pengajian OKU 2016 yang bermula hari ini menawarkan 8,809 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor kepada rakyat Sabah, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot.

Katanya program yang akan menjelajah tujuh daerah di seluruh Sabah yang bermula di Kota Kinabalu dan berakhir pada 6 Ogos depan di daerah Beaufort itu disertai 195 majikan serta 34 penyelia dari sektor swasta.

“Program ini merupakan inisiatif kerjasama pelbagai agensi kerajaan persekutuan, kerajaan Negeri Sabah dan majikan. Dasar bekerjasama antara jabatan merupakan di antara pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang telah diperkenalkan oleh perdana menteri,” katanya.

Riot berkata demikian dalam teks ucapannya sempena perasmian Program Kembara Kerjaya Sabah, Konvoi Kembara dan Karnival Pekerjaan 2016 di sini hari ini.Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Adenan Ab Rahman.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Kamal Pardi.

Menurut Riot, program sama yang diadakan tahun lalu di Sabah berjaya menempatkan seramai 2,581 pencari kerja di Sabah dalam pelbagai sektor pekerjaan di negeri ini.

“Golongan ‘vulnerable’ seperti golongan kurang upaya (OKU) tidak dilupakan dalam program kembara kerjaya ini. Ini dapat dilihat melalui kerjasama antara JTK Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah menganjurkan Hari Penggajian OKU ini (sempena program ini),” katanya.

Riot berkata melalui kerjasama seperti ini, ia dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat berhubung penggajian OKU, khususnya di Sabah.

“Program ini juga dapat menggalakan pendaftaran serta penempatan pencari kerja di kalangan OKU di samping mengalakkan majikan menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada golongan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: kerjayaSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd