• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MARA Tanggung Kos Rawatan Mohammad Sahar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membiayai sepenuhnya kos perubatan dan penerbangan bagi membawa pulang Ketua Kerani Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Negeri Sembilan, Mohammad Sahar Noor, yang terlantar di Charing Cross Hospital di barat London.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengurusan Charing Cross Hospital Barat London bersetuju memberi pelepasan dan kebenaran bersyarat untuk membawa pulang Mohamad Sahar pada Isnin ini.

Katanya, antara syarat ditetapkan ialah menyediakan seorang doktor dan jururawat serta peralatan perubatan termasuk alat bantuan pernafasan dalam pesawat.

“Oleh kerana Mohamad Sahar masih koma dan memerlukan perhatian rapi doktor dalam penerbangan, peralatan perubatan sama akan digunakan pihak hospital.

“MARA bersetuju menanggung kos kepada hospital dan membawa pulang beliau bersama doktor dan jururawat pengiring,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, hari ini.

Ismail Sabri berkata demikian ketika mengulas rayuan ahli keluarga Mohamad Sahar yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Charing Cross Hospital selepas diserang angin ahmar.

Mohamad Sahar, 57, dilaporkan diserang angin ahmar sebaik tiba di Lapangan Terbang Heathrow pada 4 Julai lalu ketika dalam perjalanan untuk menghadiri majlis graduasi anak perempuannya, Atikah yang menamatkan pengajian peringkat sarjana. – BHarian Online

Tags: MARA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab...

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercadang mengemukakan cadangan kepada Menteri Kemajuan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd