• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Setuju Ketum Ditanam Di Balik Pulau

oleh Ahmad Albab
31/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Anggota Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya tidak bersetuju sekiranya kawasan Balik Pulau yang subur tanahnya ditanam dengan pokok ketum bagi tujuan eksport sebagaimana yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

“Tidak, Tidak. saya tidak setuju ketum ini ditanam di Pulau Pinang atau Balik Pulau. Ini bahaya ketum ini kandungannya sama dengan morfin. Struktur dan kimia ketum ini sama dengan morfin. Ia boleh jadi ketagih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Fiesta Durian Pulau Pinang 2016 di Masjid Daerah Balik Pulau dekat sini hari ini.

Dr. Hilmi diminta mengulas cadangan RISDA sebelum ini yang memohon kerajaan agar membenarkan pekebun kecil di negara ini menanam pokok ketum bagi meningkatkan pendapatan golongan berkenaan.

Ditanya sama ada Kementerian Kesihatan bercadang untuk menggubal undang-undang baru berkaitan ketum, Dr. Hilmi yang juga Timbalan Menteri berkenaan berkata tidak ada perancangan buat masa ini.

“Ketum pada masa ini di bawah Akta Racun 1952 yang juga dibawah Kementerian Kesihatan. Perancangan untuk gubal belum lagi cuma kita akan bincang dengan kementerian lain dan harap ketum ini dibawa ke kementerian lain,” katanya.

Sementara itu Dr. Hilmi berkata pihaknya juga bakal mengembangkan perusahaan tiram secara besar-besaran sekali gus membolehkan petani di kawasan Balik Pulau memperoleh pendapatan.

“Selama ini kita buat kecil-kecilan, sekarang ini kita mahu promosikan tiram secara besar-besaran yang mana Balik Pulau merupakan pengeluar terbesar tiram. Kita menjangkakan ia akan dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini,” katanya.

Mengulas mengenai difteria Dr. Hilmi berkata setakat ini 25 kes dilaporkan di seluruh negara dengan catatan lima kematian direkodkan.

Katanya kementerian giat bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan murid tahun satu mendapat vaksinasi yang mencukupi.

“Kita akan meneliti buku rekod kesihatan murid tersebut, sekiranya murid terbabit tidak mendapat vaksinasi sepenuhnya maka kita akan memberi suntikan kepadanya,” katanya. – BERNAMA

Tags: ketum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

14/10/2025
0

Ranau: Taktik seorang lelaki menjadikan reban ayam sebagai tempat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu sepasukan polis di Kampung Dumpiring,...

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd