• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Ingatkan PKR Sikap PAS Ke Atas Anwar

oleh Ahmad Albab
31/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu mengingatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) beliau dan kumpulannya menjadi mangsa PAS kerana memperjuangkan bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu berada dalam PAS.

Beliau yang lebih dikenali dengan sebagai Mat Sabu mendakwa kumpulannya menjadi mangsa pemimpin PAS yang tidak bersetuju dengan pendirian Pakatan Rakyat bahawa Ketua Umum PKR adalah calon Perdana Menteri gabungan parti pembangkang itu.

“Gelaran ‘Anwarinas’ diberikan apabila kumpulan ini (kumpulan Mat Sabu) mempertahankan keputusan Pakatan Rakyat mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri. Namun sebahagian pemimpin PAS yang lain tidak menyukai keputusan ini lalu gelaran Anwarinas ini berkumandang setiap kali menjelang muktamar PAS.

“Paling parah Muktamar 2015, apabila kumpulan yang mempertahankan Anwar menjadi mangsa sehingga berlaku rancangan penyingkiran kepada kumpulan ini (kumpulan Mat Sabu) sekali gus menguburkan muafakat Pakatan Rakyat,” tegasnya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Beliau dipercayai berkata demikian berikutan kenyataan Ketua Biro Undang-Undang PKR, Latheefa Koya yang mula menyalahkan DAP sebagai punca pembubaran Pakatan Rakyat menyebabkan PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang.

PKR dipercayai bertindak demikian dalam usaha menjarakkan diri daripada DAP dan PAN sejak kekalahan teruk Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini.

Pakatan Rakyat sebenarnya dibubarkan oleh DAP dan PKR pada tahun lalu bagi membentuk gabungan baharu parti pembangkang bersama-sama PAN yang digelar sebagai Pakatan Harapan bagi menyingkirkan PAS kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam.

Mat Sabu seterusnya mengungkit bantahan PAS keatas pencalonan isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah dalam PRK Permatang Pauh.

“Ketika itu, sebahagian pimpinan PAS memboikot PRK tersebut. Malah Pemuda PAS membuat tunjuk perasan menentang pencalonan Wan Azizah.

“Kami pula (kumpulan Mat Sabu) turun berhempas pulas bagi memastikan Wan Azizah menang dengan jayanya,” tegasnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mat Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil dengan nada terbuka dan berterus...

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

15/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih terhadap sindiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd