• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Pulau Pinang: DAP Kecam Saranan PAS!

oleh Ahmad Albab
31/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda DAP mengecam kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan yang menyarankan DAP supaya mengadakan pemilihan parti daripada mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.

Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh berkata, saranan PAS supaya PRN Pulau Pinang diadakan selepas perbicaran kes rasuah Ketua Menteri, Lim Guan Eng selesai agar rakyat dapat membuat pilihan berdasarkan keputusan mahkamah juga tidak masuk akal.

“Sejak bila ada kepercayaan terhadap sistem kehakiman di Malaysia sehingga membuat kesimpulan bahawa kayu pengukur pilihan raya berdasarkan keputusan mahkamah,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nasrudin semalam dengan lantang menggesa DAP menyegerakan pemilihan parti itu terlebih dahulu sebelum mengadakan PRN Pinang.

Beliau dipetik berkata, sekiranya DAP mahu mengukur sokongan terhadap Guan Eng, parti itu tidak seharusnya menangguhkan pemilihan partinya.

Katanya lagi, PRN Pulau Pinang boleh diadakan selepas perbicaran terhadap tuduhan rasuah Guan Eng selesai dan rakyat akan membuat pilihan berdasarkan keputusan mahkamah.

Sehubungan itu, Kah Woh menuduh kononnya PAS membuat saranan itu kerana menjadi terlalu rapat dengan UMNO sejak tahun 2015.

DAP bercadang mengadakan PRN Pulau Pinang lebih awal kerana bimbang dengan kes rasuah dan salah guna kuasa yang dihadapi Setiausaha Agungnya, Guan Eng selaku Ketua Menteri.

Langkah itu bagi memperkukuhkan penguasaan DAP di Pulau Pinang namun gagal mendapat persetujuan PKR menyebabkan pemimpin kedua-dua parti saling bertelagah.

Parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN) bagaimanapun memberi sokongan kepada DAP untuk mengadakan pilihan raya tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPAS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd