• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Turki Asing Mayat Aktivis Penderhaka Di Kubur Anjing

oleh
29/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Pmerintah Turki mewujudkan sebuah kawasan yang dinamakannya ‘Tanah Perkuburan Penderhaka’ khusus untuk mengebumikan mayat penyokong rampasan kuasa yang terbunuh.

Media tempatan melaporkan, turut dikebumikan di situ termasuk aktivis antikerajaan yang maut dalam drama percubaaan kudeta menggulingkan pemerintahan Presiden Recep Tayyip Erdogan pada 15 Julai lalu.

Tempat persemadian khas itu terletak tidak berjauhan dengan kawasan perlindungan dan perkuburan baharu untuk anjing yang masih dalam pembinaan di timur Istanbul, kira-kira 450 kilometer dari ibu kota Turki iaitu Ankara.

Cubaan kudeta secara mengejut itu meragut kira-kira 290 nyawa, termasuk 24 daripadanya merupakan mereka yang terlibat dengan rampasan kuasa berkenaan sebelum berjaya digagalkan tidak sampai 12 jam kemudian.

“Kami sudah sedia tempat untuk kebumi penderhaka. Semoga orang ramai yang melalui kawasan itu akan sumpah dan memastikan roh mereka tidak tenang di dalam kubur tersebut,” kata Datuk Bandar Istanbul, Kadir Topbas.

Turki Asing Mayat Aktivis Penderhaka Di Kubur Anjing

Dalam pada itu, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Turki turut mengarahkan supaya jenazah suspek penyokong rampasan kuasa yang terbunuh tidak dimandi dan disembahyangkan sebaliknya mayat ditanam begitu sahaja.

Menurut saksi, setakat ini, hanya satu jenazah dikebumikan di situ, tanpa sebarang upacara keagamaan. Menurut media tempatan, ia merupakan mayat Mehmet Karabekir, iaitu seorang kapten tentera yang berusia 34 tahun.

Ibunya malah enggan menuntut mayat anaknya. Manakala 25 Julai lalu, Perdana Menteri Turki, Binali Yildrim menamakan Jambatan Bosphorus sebagai Jambatan Syuhada 15 Julai memperingati mangsa yang patriotik.

Sementara itu, Turki menutup hampir 130 agensi media dan memecat 87 jeneral tentera darat, 30 jeneral tentera udara dan 32 laksamana tentera laut dalam fasa terbaharu menghapuskan pengkhianat negara tersebut.

Turki Asing Mayat Aktivis Penderhaka Di Kubur Anjing

Kerajaan menerusi warta rasmi turut memaklumkan seramai 1,099 pegawai kanan dan 436 pegawai rendah tentera dipecat. Juga waran tangkap kepada  89 wartawan melibatkan bekas petugas akhbar pro-pembangkang, Zaman.

Arahan penutupan malah dikeluarkan kepada tiga agensi berita, 16 stesen televisyen, 23 stesen radio, 45 akhbar, 15 majalah dan 29 penerbit media lain termasuk agensi berita Cihan, stesen IMC TV dan akhbar pembangkang, Taraf.

Erdogan menyalahkan dalang rampasan kuasa tersebut kepada Fethullah Gulen dan memulakan kempen agresif membasmi pengaruh pendakwah yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu daripada mana-mana institusi Turki.

Ia membawa kepada penahanan secara besar-besaran hampir 16,000 orang di seluruh negara termasuk hakim, penjawat awam, anggota polis dan ribuan guru yang dianggap sebagai pro-Gulen. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Recep Tayyip ErdoganTurki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

Erdogan Umum Pilihan Raya Mac Terakhir Untuknya

09/03/2024
0

ANKARA - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, pilihan raya tempatan yang dijadualkan pada 31 Mac akan menjadi pilihan raya...

Anwar Ucap Tahniah Erdogan Dipilih Semula Presiden Turkiye

Anwar Ucap Tahniah Erdogan Dipilih Semula Presiden Turkiye

29/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang dipilih semula menjadi Presiden ke-13 Turkiye selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd