• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Produk Kecantikan Siti Terus Dapat Pengiktirafan

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hampir lima tahun mengukuhkan jenama SimplySiti, Datuk Siti Nurhaliza selaku pengasas produk kecantikan itu boleh berbangga apabila kejayaan demi kejayaan diraih.

Terbaharu, produk tempatan itu diiktiraf oleh Malaysia’s Strongest Brand Award 2016 bagi kategori Jenama Kecantikan pada majlis yang berlangsung di ibu negara, semalam.

Penyanyi Bukan Cinta Biasa itu memaklumkan mengenai berita gembira berkenaan di laman Instagram miliknya, sebentar tadi.

Alhamdullillah..Tahniah buat team @officialsimplysiti ,Beauty advisor & pelanggan saya yg banyak membantu kejayaan produk Simplysiti sehingga menerima anugerah ini..🙏🙏🙏👏👏👏👍🏻👍🏻💋💋💗🌹💖 #WatsonsMalaysia #Guardian

A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on Jul 27, 2016 at 10:38pm PDT

Bagaimanapun, atas masalah kesihatan, Siti memberitahu beliau tidak dapat menerima sendiri anugerah terbabit.

“Alhamdulillah. Tahniah buat semua pasukan Official Simplysiti, penasihat kecantikan dan pelanggan yang terus mempercayai jenama ini.

“Usaha pasukan daripada Siti Nurhaliza Production dari skop kerjaya seni dan Simplysiti (perniagaan) banyak membantu kejayaan ini.

“Ia terus menyuntik semangat baharu untuk kami memberikan yang terbaik,” katanya kepada BH Online.

Menurut penyanyi itu, bersaing dengan produk jenama antarabangsa yang sudah sekian lama bertapak kukuh bukan perkara mudah.

“Namun, tiada apa yang mustahil jika niat itu ikhlas (dalam) memberikan perkhidmatan terbaik buat pengguna. Tidak dilupakan tulang belakang Siti, iaitu peminat dan rakan media, yang tak putus-putus memberikan sokongan jitu.

“Pada masa sama, Siti percaya setiap usaha juga takkan menjadi tanpa izin Tuhan. Justeru Siti yakin, dengan berdoa dan sentiasa bersyukur terhadap setiap pemberian-Nya, ia menjadi kunci utama kejayaan ini,” katanya.

Beberapa tahun lalu, Siti menerima anugerah Inaugural Malaysia Women Of Excellence Awards dan Jewel Of Muslim World Awards, hasil pencapaian seni serta perniagaannya. – BHarian Online

Tags: siti nurhaliza
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakai Jam Tangan Mewah Jutaan Ringgit, Siti Memang Layak

08/11/2021
0

PETALING JAYA – “Dia layak memakainya.” Itu antara respons orang ramai mengenai video tular memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk...

Siti Nurhaliza, Suami Dikompaun RM10,000 Setiap Seorang

27/05/2021
0

SHAH ALAM - Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd