• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTPTN Akan Atasi Rungutan Syarikat Pengeluar Kenderaan

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LENGGONG – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengumumkan mekanisme bagi mengatasi rungutan syarikat pengeluar kereta yang mendakwa jualan terjejas kerana nama pembeli disenarai hitam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) disebabkan gagal membayar balik pinjaman PTPTN.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata pengumuman itu akan dibuat dalam masa terdekat demi kebaikan semua pihak.

“Pendekatan yang diambil itu bagi membantu syarikat jualan kenderaan yang kononnya terjejas kerana beberapa tindakan penguatkuasaan oleh PTPTN dan CRISS,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Kesedaran Kesihatan, Forum Perubatan Moden vs Tradisional di Dewan Merdeka di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas rungutan penjualan kereta terjejas ekoran bank mengetatkan pinjaman kepada pemohon termasuk pemohon yang baru mendapat pekerjaan kerana mereka tidak membayar pinjaman PTPTN.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata PTPTN yakin akan mencapai sasaran kutipan balik pinjaman sebanyak RM2 bilion tahun ini.

Beliau berkata bagi bulan Mei sahaja, PTPTN telah mendapat kutipan sebanyak RM289 juta dan jika trend ini berterusan sasaran itu boleh dicapai sehingga akhir tahun ini dan bagi tempoh lima bulan pertama tahun kutipan adalah sebanyak RM1.5 bilion.

Menurutnya sehingga kini PTPTN telah mendapat kutipan sebanyak RM15 bilion sehingga Disember tahun lepas daripada RM56 bilion pinjaman yang dikeluarkan setakat pada tahun lepas.

Shamsul Anuar berkata PTPTN telah memberikan pengecualian bayaran balik pinjaman kepada lebih 31,000 peminjam yang memperoleh keputusan cemerlang dengan jumlah pengecualian sebanyak RM870 juta.

Katanya sehingga April tahun ini, PTPTN telah meluluskan pinjaman sebanyak RM56.39 bilion kepada 2.49 juta peminjam. – BERNAMA

Tags: PTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd