• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR, DAP Terus Bertelagah Isu Pilihan Raya Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kemelut dalaman Pakatan Harapan membabitkan DAP dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung keputusan sama ada mahu mengadakan pilihan raya Pulau Pinang lebih awal kian meruncing.

Terbaru, Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAPSY, Chiong Yoke Kong mengeluarkan kenyataan bagi mengutuk Ketua Biro Undang-Undang PKR, Latheefa Koya berhubung isu itu semalam.

“Kenyataan Ketua Biro Undang-Undang PKR langsung tidak munasabah serta memutarbelitkan fakta sebenar. Dalam catatan Facebook Latheefa semalam cuba mengingatkan supaya tidak mengadu ‘ditinggalkan telanjang selepas berbogel’ dan cuba membangkitkan beberapa isu yang tidak berasas langsung.

“Saya ingin mengingatkan Latheefa bahawa DAP tidak pernah mengumumkan pilihan raya mengejut secara sebelah pihak, malah ada sesetengah pihak yang bimbang untuk menghadapinya membocorkan berita tersebut kepada media. Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

DAP Pulau Pinang bercadang untuk mengadakan pilihan raya Pulau Pinang lebih awal dipercayai bagi memperkukuhkan kedudukan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan kes rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah.

Rancangan DAP itu mendapat persetujuan Parti Amanah Negara (PAN) tetapi gagal mendapat persetujuan PKR atas sebab-sebab tertentu termasuk kurang yakin Pakatan Harapan akan dapat mengekalkan kuasa di negeri itu.

Pendirian PKR itu menyebabkan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengeluarkan kenyataan menyindir kepimpinan PKR yang didakwa ibarat `kacang lupakan kulit’ kerana mengabaikan jasa DAP kepada parti itu selama ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd