• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Tegas Pendirian Larang Penanaman Pokok Ketum

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Kerajaan Negeri Perlis sekali lagi menegaskan pendirian melarang mana-mana pihak termasuk penduduk di negeri ini menanam pokok ketum, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata pemilik tanah yang baru mendapat geran hak milik akan ditarik balik hak milik itu sekiranya didapati terdapat tanaman pokok ketum di atas tanah itu.

“Kerajaan negeri memandang serius isu penanaman pokok ketum serta berpendirian tumbuhan itu mendatangkan banyak keburukan terutamanya ketagihan (air daun ketum) dalam kalangan anak muda di negeri ini termasuk pelajar sekolah.

“Oleh itu, sebarang dakwaan mengatakan kononnya kerajaan negeri ada berniat membenarkan penanaman pokok tersebut kerana tidak tegas berhubung perkara ini tidak wajar ditimbulkan lagi,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis ‘Kembara Seindah Syawal 2016’ anjuran Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di perkarangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh di sini hari ini.

Azlan berkata beliau menjelaskan perkara itu berikutan ada beberapa pihak yang salah faham mengenai kenyataan dikeluarkan beliau sebelum ini berkaitan tanaman pokok ketum tersebut termasuk hangat dibincangkan di laman sosial.

“Sewaktu dulu dikatakan daun ketum diguna secara tradisional bagi mengubati beberapa jenis penyakit seperti cirit birit, tetapi zaman sekarang ia telah disalah guna sehingga peminumnya menjadi ketagih termasuk golongan remaja malah ada kanak-kanak berumur bawah 12 tahun yang ketagih air daun ketum,” katanya.

Katanya sehingga kini beliau tidak pernah terbaca dalam mana-mana buku atau jurnal perubatan menulis dokumen memperakukan secara saintifik daun ketum boleh dijadikan ubat.

“Malah tidak ada sebarang maklumat yang diketahuinya atau ada mana-mana syarikat farmasi dari dalam atau luar negara yang memerlukan daun ketum untuk sektor perubatan,” katanya.

Sehubungan itu beliau menyarankan pihak NCIA membuat kajian secara saintifik mengenai faedah penggunaan daun ketum tersebut ataupun mengkaji tanaman lain yang boleh memberi pulangan dan tidak memudaratkan masyarakat.

Pada majlis itu, Azlan yang juga wakil rakyat kawasan Pauh turut menyampai sumbangan berupa barangan keperluan dapur sumbangan NCIA kepada 102 penerima daripada keluarga kurang kemampuan daripada kawasan DUN Pauh. – BERNAMA

Tags: ketum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

14/10/2025
0

Ranau: Taktik seorang lelaki menjadikan reban ayam sebagai tempat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu sepasukan polis di Kampung Dumpiring,...

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd