• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Ali Cuci Persepsi ‘Orang’ Mahathir?

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mula mengambil langkah mencuci’ persepsi beliau pro Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau dipercayai bertindak demikian bagi mempertahankannya kedudukan sebagai Menteri Besar dibawah ‘tiket’ PKR yang kelihatan agak goyah sejak bersengkongkol dengan Mahathir dalam agenda menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah, Mohamed Azmin mengumumkan beliau tetap setia kepada bekas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengungkit perjalanan karier politiknya menentang kekejaman Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri.

“Pada 2 September 1998, apabila Anwar dipecat (daripada jawatan Kabinet oleh Mahathir), saya perlu buat keputusan bersama Mahathir atau Anwar. Satu keputusan yang sukar. Saya perlu putuskan antara nombor 1 dan 2, bukan antara nombor 1 dengan Ketua Cawangan (UMNO). Kedua-duanya adalah pemimpin yang sangat berkuasa waktu itu.

“Tetapi akhirnya saya pilih Anwar. Tidak adil jika saya meninggalkan Anwar berseorangan pada masa itu kerana saya sudah berkhidmat dengannya selama 14 tahun,” tegasnya dalam satu wawancara baru-baru ini.

Mohamed Azmin seterusnya mendakwa kononnya beliau memilih untuk bersama Anwar pada tahun 1998 kerana tidak boleh menerima tuduhan politik yang dibuat oleh Mahathir ke atas Anwar.

“Itu tuduhan yang kejam dan jahat. Jika saya tinggalkan dia nak dapat jawatan tinggi saya lakukan kezaliman ke atas diri sendiri dan Anwar. Oleh itu saya ambil keputusan tidak bersama Mahathir,” katanya.

Beliau mengakui pernah mempunyai hubungan yang rapat dengan Mahathir malah majlis perkahwinannya dihadiri oleh mantan Perdana Menteri itu tetapi selepas peristiwa Anwar dipecat, beliau tidak pernah bertemu dengan Mahathir selama 17 tahun.

“Saya `cut off complete Mahathir’ sebab saya tidak boleh menerima apa yang dia lakukan pada Anwar dan rakyat Malaysia. Oleh itu, kesetiaan saya kepada Anwar tiada siapa boleh persoalkan,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Azmin Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd