• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rio: Agong Cemar Duli Majlis Penyerahan Jalur Gemilang

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenaan berangkat mengurniakan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 di Istana Negara di sini.

Seri Paduka yang diringi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen Sukan Olimpik, Tan Sri Dr. Mohamed Al Amin Abdul Majid dan Ketua Kontinjen Paralimpik, Dr. Ang Kaen Koo.

Dr. Mohamed Al Amin kemudian menyerahkan Jalur Gemilang kepada ketua atlet Sukan Olimpik, Datuk Lee Chong Wei manakala Dr. Ang menyerahkan bendera negara kepada ketua atletnya Yong Yee Khie.

Kesemua atlet bagi kedua-dua temasya berprestij itu kemudian melafazkan ikrar dengan diketuai atlet memanah Paralimpik, Mejar Yuhaizam Yahya.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan; Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Tuanku Imran Tuanku Jaafar dan Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Kumpulan pertama atlet negara berlepas ke Rio de Janeiro pada 21 Julai lepas dan kumpulan terakhir pada 2 Ogos ini.

Sebanyak 32 atlet negara layak ke Sukan Olimpik yang akan berlangsung pada 5 hingga 21 Ogos manakala 16 atlet negara layak ke Sukan Paralimpik pada 7 hingga 18 Septi.

Dalam ucapannya, Khairy menyandarkan harapan kepada semua atlet negara agar mampu membuat kejutan pada temasya itu.

Beliau berkata semua atlet mampu menunjukkan prestasi dan rekod pencapaian terbaik selain atlet ternama negara seperti Chong Wei, Pandelela Rinong, Mohd Azizulhasni Awang, Ziyad Zolkifli dan Rizuan Puzi.

Atlet lain yang akan turut mewakili negara dalam Sukan Olimpik adalah Fatehah Mustapa (basikal trek); Ooi Tze Liang, Ahmad Amsyar Azman, Cheong Jun Hoong, Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee (renang/terjun); Khairulnizam Mohd Affendy (pelayaran).

Welson Sim dan Phee Jinq En (akuatik); Nauraj Singh dan Zaidatul Husniah Zulkifli (olahraga); Heidi Gan (renang marathon), Mohd Hafifi Mansor (angkat berat) Danny Chia, Gavin Kyle Green, Kelly Tan, Michelle Koh (golf).

Selain Chong, Wei Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Tee Jing Yi, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei dalam acara badminton. – BERNAMA

Tags: Agongsukan olimpik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1

Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1

27/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Kejayaan Malaysia dipilih sebagai lokasi penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 didorong...

Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Hanya Sehingga PRU-16 – Asyraf Wajdi

Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Hanya Sehingga PRU-16 – Asyraf Wajdi

21/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dimeterai pada 22 November 2022...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd