• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Tanam Ketum Perlu Diteliti Terlebih Dahulu

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk menanam pokok ketum secara komersial perlu diteliti terlebih dahulu sebelum dipersetujui, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya penjualan air ketum boleh diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952 dan penanamannya secara besar-besaran perlu diteliti secara mendalam sama ada turut melanggar akta itu.

Bagaimanapun, beliau berkata terlalu awal untuk membuat sebarang ulasan mengenai cadangan itu dan akan meminta Ketua Pengarah Risda Mohd Najib A Samad untuk menyerahkan laporan terperinci.

“Cadangan ini belum dibincangkan di pihak kementerian. Saya cuma membaca laporan akhbar berkenaan permintaan daripada firma farmaseutikal dari Amerika Syarikat dan sebagainya.

“Kita memang menggalakkan tanaman tambahan di ladang getah seperti cendawan, tetapi tidak pernah kita sebut ketum,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Gagasan Pemikiran Tun Abdul Razak, di sini hari ini.

Pada Selasa lepas, Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata pihaknya akan mendapatkan kebenaran kerajaan untuk menanam pokok ketum bagi meningkatkan hasil pendapatan pekebun kecil di negara ini memandangkan ia mendapat permintaan tinggi daripada farmasi di Amerika Syarikat dan Eropah.

Bagaimanapun, cadangan itu mendapat bantahan pelbagai pihak yang bimbang penanaman ketum secara besar-besaran membawa implikasi buruk.

Mengulas mengenai seminar itu, Ismail Sabri berkata program anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) itu perlu dijadikan acara tahunan bagi menghargai sumbangan Tun Abdul Razak Hussein.

Katanya buah fikiran perdana menteri kedua itu telah banyak meningkatkan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera, antaranya melalui penubuhan Felda, Risda, Felcra dan Mara.

“Mara contohnya telah melahirkan 1.2 juta pelajar dan satu juta usahawan. Jadi hubungan antara Mara dengan Allahyarham Tun Abdul Razak perlu dizahirkan dengan program seperti ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: ketumRisda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

14/10/2025
0

Ranau: Taktik seorang lelaki menjadikan reban ayam sebagai tempat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu sepasukan polis di Kampung Dumpiring,...

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd