• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keganasan: Kerajaan akan Terus Lindungi Rakyat Malaysia

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Di tengah-tengah ancaman terbaharu oleh pengganas di seluruh dunia, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan akan terus melaksanakan langkah-langkah yang perlu untuk melindungi mereka.

Perdana Menteri berkata beberapa undang-undang telah diperkenalkan untuk tujuan ini berikutan permintaan daripada pasukan keselamatan.

“Undang-undang ini adalah perlu, dan negara-negara lain sejak itu telah mengikut jejak langkah kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menyenaraikan undang-undang tersebut sebagai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara, Akta Pencegahan Keganasan dan Akta Majlis Keselamatan Negara.

Najib menegaskan bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara, khususnya, telah sengaja disalah tafsir.

“Ia tidak sama seperti pengisytiharan darurat di seluruh negara – bahawa kuasa kekal di bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – dan Parlimen masih bersidang dengan mengawasi mana-mana kawasan keselamatan yang diisytiharkan,” kata Najib.

Beliau berkata kerajaan telah dikritik kerana meluluskan undang-undang tersebut termasuk oleh segelintir pihak yang khuatir mereka diburuk-burukkan atas sebab-sebab politik.

“Kerajaan saya tidak akan meminta maaf kerana lebih mendahulukan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya.

Najib berkata perlakuan keganasan di seluruh dunia menunjukkan bahawa ancaman itu adalah nyata dan menular, dan hampir tiada hari yang berlalu tanpa insiden keganasan.

“Kita tidak terkecuali di Malaysia kerana serangan pertama oleh militan Daesh ke atas kita bulan lepas menunjukkan ancaman itu wujud,” kata beliau sambil merujuk kepada insiden pengeboman di kelab malam Movida di Puchong pada 28 Jun yang mencederakan lapan orang.

Perdana Menteri berkata kumpulan militan Daesh dan ideologinya yang kejam dan menyeleweng tidak mempunyai tempat dalam Islam mahupun di Malaysia yang rakyatnya hidup dalam suasana aman, terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan bersikap toleransi.

“Sekarang adalah masanya untuk kita bersatu-padu dan memainkan peranan yang lebih besar bersama masyarakat dunia dalam perjuangan memerangi keganasan,” kata Najib. – BERNAMA

Tags: keganasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Wanita Antara 20 Migran Indonesia Ditahan Di Rumah Transit Sindiket

Kerajaan Johor Kutuk Keganasan, Ekstremisme Korbankan 2 Wira Negara

19/05/2024
0

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme yang mengorbankan dua wira negara, awal pagi kelmarin. IKUTI...

UNSC Tuntut Myanmar Hentikan Keganasan

UNSC Tuntut Myanmar Hentikan Keganasan

22/12/2022
1

NEW YORK : Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akhirnya menerima pakai resolusi pertamanya mengenai Myanmar dalam tempoh 74 tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd