• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAB Beli 50 Pesawat Boeing 737 MAX Bernilai AS$5.5b

oleh
27/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Boeing mengumumkan pemeteraian janji niaga bagi pembelian 50 buah pesawat 737 MAX dengan 25 tempahan pasti dan 25 hak pembelian.

Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Peter Bellew dalam satu kenyataan hari ini berkata, serahan akan bermula pada 2019 dan nilai keseluruhan pembelian tersebut dianggarkan berjumlah AS$5.5 bilion (kira-kira RM22.4 bilion).

“Janji niaga itu adalah pembawa perubahan bagi MAB dengan kos lebih murah dan kecekapan yang lebih tinggi, serta akan disalurkan terus kepada pelanggan setianya menerusi tambang lebih rendah,” tambah beliau lagi.

Bellew berkata menerusi keupayaan jarak jauh 737 MAX, syarikat penerbangan kebangsaan itu dijangka dapat menghubungkan ramai penumpangnya kepada lebih banyak destinasi dengan pesawat baharu yang lebih selesa.

Ini merupakan keputusan paling besar yang pertama diumumkan oleh beliau sejak mengambil alih jawatan ‘kerusi panas’ syarikat udara nasional tersebut daripada penyandang, Christoph Mueller sejak 1 Julai lalu.

MAB kini memiliki hampir setiap kumpulan model pesawat 737 dan telah menerima serahan pesawat 737 yang keseratusnya pada Disember 2014 lalu. Ketika ini ia beroperasi dengan hanya 56 pesawat model 737-800.

Syarikat itu dijangka mencatatkan laba bersih pada 2018 selepas menanggung banyak kerugian sehingga terpaksa diambil alih sayap pelaburan kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Berhad sejak 1 September 2015.

Ditubuhkan pada 1937, secara teknikal MAB sudah pun merekodkan keuntungan sebanyak RM14 juta pada suku pertama tahun ini setelah memperoleh pendapatan kasar kira-kira RM51 juta dalam tempoh itu.

Ia pada masa ini mempunyai 76 buah pesawat sahaja iaitu masing-masing 56 jenis Boeing dan 20 lagi jenis Airbus yang berusia kurang daripada empat tahun selepas melupuskan kesemua model saiz gergasi Boeing 777.

Menerusi perolehan pesawat baharu itu, MAB bakal menawarkan lebih banyak destinasi sekali gus menyaingi AirAsia yang memiliki kira-kira 475 buah pesawat kesemuanya jenis Airbus. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BoeingMABMalaysia Airlines
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan MH370, menyebabkan ahli keluarga mangsa masih menaruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd