• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komplot Jatuhkan Najib, 3 Individu Berpengaruh Didedah

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap beberapa individu berpengaruh negara kerana terlibat dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Balai Polis Dang Wangi di sini, hari ini.

Individu-individu yang dinyatakan dalam laporan tersebut adalah bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Komplot Jatuhkan Najib, 3 Individu Berpengaruh Didedah

Menurut Khairul, beliau percaya ketiga-tiga individu terbabit secara berseorangan atau berkumpulan telah berkomplot dan berkonspirasi untuk menggulingkan Najib serta kerajaan Malaysia yang sah dengan mendedahkan maklumat-maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing di Amerika Syarikat termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Jelasnya lagi, dokumen-dokumen itu telah diserahkan  tanpa kelulusan yang sah oleh pihak berkuasa Malaysia termasuk Jabatan Peguam Negara.

“Maklumat dan dokumen sulit yang diberikan mereka itu sebahagian besar sudah direka, dipalsukan dan diputar belit untuk mencapai tujuan jahat,” katanya.

Oleh itu, Khairul menggesa pihak polis agar segera melakukan siasatan terhadap laporan yang telah dibuatnya itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: komplotNajib Tun RazakUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd