• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siri Jelajah ATM Kekang Penularan Fahaman Daesh

oleh Ahmad Albab
27/07/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil langkah proaktif mengadakan program jerayawara di kem tentera seluruh negara sebagai usaha mengekang penularan fahaman kumpulan militan Daesh dalam kalangan anggotannya.

Jurucakap Bahagian Staf Perisikan Pertahanan ATM berkata siri jelajah berkenaan sudah mula dijalankan sejak Februari tahun lalu dengan kerjasama Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat).

Katanya, tujuan program berkenaan diadakan ialah bagi memberi kefahaman kepada anggota tentera mengenai jihad daripada perspektif Islam selain memberi kesedaran bahaya perjuangan gerakan ekstremis.

“Setakat ini, kami sudah mengadakan 16 siri jelajah…melalui program ini ceramah berkaitan sejarah dan perkembangan Daesh serta bahaya pengaruh kumpulan militan itu akan didedahkan oleh penceramah daripada ATM sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Roadshow Task Force Perisai Wira yang diadakan dua hari bermula hari ini di Kem Perdana Sungai Besi, di sini.

Selain program siri jelajah, ATM turut menerbitkan bahan bacaan mengenai bahayanya ancaman Daesh di portal rasminya untuk dijadikan rujukan anggotanya, kata jurucakap itu. – BERNAMA

Tags: ATMDaesh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

07/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai seorang panglima kecil yang harus bertempur dengan cara tersendiri...

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

24/07/2026
0

PORT DICKSON - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur dapat kembali ke Port Dickson untuk menyantuni warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd