• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Dadah Tumpas, Rampasan Hampir RM1 Juta

oleh Ahmad Albab
25/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Polis mematahkan sindiket dadah di daerah ini selepas menahan empat lelaki warga tempatan dan merampas dadah jenis heroin serta barang kes dengan jumlah keseluruhan hampir RM1 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Pagoh Jaya, dekat sini dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata kesemua suspek berumur antara 31 dan 39 tahun itu turut didapati positif dadah jenis syabu dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Beliau berkata dalam serbuan 4.45 petang itu, polis merampas heroin seberat hampir 23 kilogram dianggarkan bernilai RM456,300 serta merampas tiga kereta jenis Audi A5, BMW Z4 dan Proton Perdana.

“Selain itu, turut dirampas wang tunai berjumlah RM13,950 dan 12 telefon bimbit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya hasil pemeriksaan kereta jenis Audi A5 itu, polis menemukan 51 paket plastik lutsinar yang dipercayai mengandungi dadah jenis heroin disembunyikan dalam kereta tersebut.

Azman berkata hasil siasatan awal, polis mendapati keempat-empat suspek yang berasal dari daerah Batu Pahat dan Masai itu, baru saja menyewa rumah tersebut.

Beliau berkata berkata kesemua suspek ditahan reman sehingga 30 Julai ini untuk membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Beliau berkata kes tersebut juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara tidak melebihi dua tahun. – BERNAMA

Tags: kes dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd