• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Rampas 78,000 Bungkus Rokok Lebih RM30k

oleh Ahmad Albab
25/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 78,000 bungkus rokok bernilai RM30,960 dalam operasi di perairan Batu 3 Jalan Apas, di sini malam tadi.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata kesemua rokok berkenaan dibuang daripada sebuah bot laju yang dikejar pasukan peronda PPM semasa menjalankan Op Paradise di perairan berkenaan kira-kira pukul 9.15 malam.

“Semasa operasi itu pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot laju yang mencurigakan yang dipercayai datang dari negara jiran. Apabila menyedari kehadiran anggota PPM, bot laju berkenaan memecut laju melarikan diri.

Ketika mengejar bot berkenaan, pasukan peronda melihat individu yang berada di atas bot berkenaan bertindak membuang beberapa kotak ke dalam laut, sebelum berjaya melarikan diri ke perairan Sungai Nyamuk, Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, apabila diperiksa pihaknya mendapati kotak-kotak berkenaan mengandungi rokok keretek Gudang Garam Suria sebanyak 6,600 bungkus dan rokok jenama LA sebanyak 1,600 bungkus.

Mohamad berkata kesemua rokok berkenaan dibawah ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana cuba membawa masuk barangan tanpa cukai. – BERNAMA

Tags: PPMRokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd