• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Minta Rakyat Waspada Agenda Amerika Syarikat

oleh Ahmad Albab
25/07/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS meminta umat Islam Malaysia tidak terlena dan terlupa dengan perbuatan dan agenda Amerika Syarikat (AS) ke atas negara-negara Islam sebelum ini.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, umat Islam Malaysia perlu mengambil iktibar ke atas apa yang pernah dilakukan AS ke atas Afghanistan, Iraq dan Syria.

“Siapa tidak kenal AS terhadap negara umat Islam. Kononnya Osama Laden sembunyi di Afghanistan. Apa yang terjadi selepas itu.

“Memburu kumpulan Al-Qaeda di Iraq, selepas itu apa yang terjadi. Di Syria atas nama hendak memerangi IS. Rakyat Syria menderita,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, kata Idris, PAS menolak campur tangan kuasa asing dalam urusan Malaysia sebelum ini kerana tidak mahu AS menjadikan isu dibangkitkan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS menjadi sebab untuk melakukan sesuatu kepada negara ini.

Bagaimanapun, katanya, PAS bersetuju DOJ mahu membawa individu yang disebut terlibat dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum ini ke perbicaraan.

“Ini proses keadilan biasa di dalam mana-mana negara. Rakyat AS melakukan kesalahan di negara ini, mereka dihukum mengikut undang-undang di negara ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau membidas penyokong Pakatan Harapan yang terlalu bencikan PAS mengutuk PAS hanya kerana membuat seruan itu.

“Biarlah mereka tulis macam-macam sementara tangan boleh bergerak. Tangan dia kaku dia berhentilah. PAS bukan boleh larang. Kebebasan masing-masing, mungkin beliau yakin akan menjadi amalan untuk dibawa bertemu Allah S.W.T, sila teruskan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Amerika SyarikatPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd