• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lagi Mayat Mangsa Bot karam Ditemui

oleh Ahmad Albab
25/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Dua lagi mayat mangsa bot pancung karam ditemukan di perairan Pantai Batu Layar, dekat Sungai Rengit, Kota Tinggi pagi ini menjadikan jumlah mangsa setakat ini 11 orang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata mayat kedua-dua lelaki dewasa tersebut ditemukan terdampar di kawasan pantai kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

Ia ditemukan kira-kira 7.30 pagi tadi selepas kejadian dua hari lepas.

“Jarak antara kedua-dua mayat yang ditemui itu dianggar sejauh 200 meter. Mayat ditemukan anggota polis yang melakukan operasi penugasan mencari dan menyelamat mulai pagi tadi,” katanya ketika dihubungi.

Bot itu dinaiki kira-kira 60 pendatang asing tanpa izin yang dipercayai dalam perjalanan keluar dari negara ini menuju Batam, Indonesia.

Empat mayat ditemukan pada hari kejadian, sementara lima semalam termasuk seorang wanita dan bayi yang sedang dikandungnya.

Mangsa yang lemas setakat ini terdiri daripada empat lelaki dewasa, enam wanita dan seorang bayi perempuan.

Seramai 34 orang, 26 lelaki dan lapan wanita terselamat dalam kejadian itu. – BERNAMA

Tags: bot karamMayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd