• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,200 Tan Sampah Cemari Sungai Setiap Bulan

oleh Ahmad Albab
25/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Setiap saat seseorang membuang sampah ke saluran perairan dan purata 2,200 tan sampah dikumpul setiap bulan dari perangkap yang dibina merntasi sungai-sungai di negara ini.

Di Sungai Klang sahaja yang termasuk Sungai Gombak dan Sungai Batu, sejumlah 21 tan sampah dipungut setiap bulan.

Sampah dikumpul dari 11 perangkap sampah yang dibina merentasi sungai dan dari 500 perangkap pencemar kasar yang dipasang di dalam longkang untuk mengelak sampah daripada mengalir ke dalam sungai.

“Ini bermakna bahawa setiap hari, penduduk di sepanjang kawasan Sungai Klang membuahg kira-kira 700kg sampah ke dalam longkang dan Sungai,” kata Naib Pengerusi Malaysian Water Partnership (MyWP), Datuk Hanapi Mohamad Noor.

“Walaupun pelbagai program dan kempen oleh pihak berkuasa termasuk ‘Cintai Sungai Kita’ yang dilancarkan lebih 10 tahun lalu, tidak banyak kemajuan dicapai.

“Kempen ini bertujuan mewujudkan kesedaran orang ramai dan kepekaan terhadap keperluan untuk memiliki sungai-sungai yang lebih bersih. Namun, tanggungjawab itu sentiasa ditinggalkan kepada pihak berkuasa tanpa sokongan daripada rakyat,” katanya dalam satu temubual.

Hanapi yang juga bekas Pengarah Lembangan Sungai dan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata Sungai Klang bukan sungai paling tercemar tetapi masih penting kerana ia mengalir ke pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Rakyat Malaysia, katanya perlu memahami bahawa sampah dibuang di atas jalan raya atau tempat awam lain akan hanyut ke dalam longkang dan sungai selepas hujan.

Hanapi berkata dana yang mencukupi untuk tujuan penyelenggaraan parit dan pemeliharaan sungai sentiasa menjadi masalah.

Pembersihan sungai bukan program yang hanya boleh dilakukan sekali tetapi perlu dijalankan sepanjang tahun.

Beliau berkata, ini bermakna bahawa terdapat keperluan untuk memperuntukkan bajet tahunan kira-kira RM100 juta setahun bagi membersihkan sungai-sungai di Malaysia.

Bagi undang-undang, beliau berkata mereka sudah memadai untuk menangani tabiat membuang sampah tetapi masih kekurangan dari segi penguatkuasaan.

“Singapura dilihat berjaya mengekalkan persekitaran yang lebih bersih termasuk parit dan sungai kerana penguatkuasaan undang-undang yang ketat,” katanya.

Di Malaysia, beliau berkata 97 peratus air digunakan untuk tujuan domestik, industri dan pengairan datang dari permukaan air di sungai-sungai dan takungan.

Hanapi memberi amaran bahawa bekalan air kepada pengguna akan terjejas jika sungai tercemar teruk kerana bahagian atas loji rawatan air dan operasi di loji tersebut perlu diturup kemudian.

Ini, katanya, telah berlaku beberapa kali di Sungai Langat, Selangor apabila pintu pengambilan bekalan air didapati tercemar dengan nitrogen ammonia.

“Jika lebih ramai orang menyedari bahawa air yang mereka minum datang dari sungai, mereka mungkin berfikir dua kali sebelum mencemarinya. Kos rawatan air boleh mencecah perbelanjaan yang amat tinggi. Ini juga boleh membawa kepada kenaikan tarif air,” katanya. – mStar Online

Tags: Sampahselangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Potong Gaji Kakitangan Awam Main Pokemon Go

Next Post

Kes Tembak Ejen Hartanah, Lagi Suspek Ditahan

Related Posts

Selangor Arah Peniaga Vape Turunkan Iklan Jualan, Promosi

Selangor Arah Peniaga Vape Turunkan Iklan Jualan, Promosi

22/05/2025
0

KLANG: Kerajaan negeri mengarahkan semua peniaga rokok elektronik (e-rokok) atau vape menurunkan iklan jualan dan promosi berkaitan e-rokok sebelum tindakan...

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

26/03/2025
0

KLANG - Empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor berganding bahu melaksanakan Op Empat Penjuru bagi membanteras aktiviti jenayah...

Next Post

Kes Tembak Ejen Hartanah, Lagi Suspek Ditahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd