• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Muda Pahang Kekal Terajui PBNP

oleh Ahmad Albab
24/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah kekal sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan baharu persatuan itu semalam.

Pemilihan jawatankuasa bagi penggal 2016-2019 yang dibuat sewaktu Mesyuarat Agung Tahunan PBNP ke-60 itu turut menyaksikan penyandang tiga lagi kerusi utama persatuan, menang tanpa bertanding manakala empat muka baru dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis.

Kerusi Timbalan Presiden kekal diduduki Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail manakala Datuk Seri Zamri Ramly dan Datuk Jalaluddin Mohamed Deli, masing-masing mengekalkan jawatan Naib Presiden 1 dan Naib Presiden II.

Empat muka baru itu adalah Ahmad Salizam Ghazali, Datuk Seri Mohamad Zaini Saleh, Samim Salimallah dan Datuk Taufik Razak manakala enam penyandang kerusi yang kekal ialah Razab Wahab, Adzland Zakaria, Husniabidi Husin, Raja Mustafa Shah Raja Jalil Shah, Rosli Nordin dan S. Krishnan.

Sementara itu, Muhammad Safian berkata selain pemilihan kepimpinan baharu, ahli persatuan turut meminta PBNP untuk meningkatkan lagi bantuan kepada kesemua 12 anggota gabungan .

“Persatuan bola sepak daerah turut meminta PBNP mencari jalan membantu untuk menambah pendapatan mereka,” katanya.

Muhammad Safian berkata berikutan itu PBNP bercadang untuk memperbanyakkan lagi kejohanan di daerah-daerah terbabit. – BERNAMA

Tags: Tengku Muda Pahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Tengku Muda Pahang Kemalangan Di Mersing

20/06/2019
0

KUANTAN - Cik Puan Muda Pahang, Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff mengalami kecederaan pinggang selepas kenderaan jenis Toyota...

Tengku Muda Pahang Pengerusi Jumaah Pemangku Raja

22/02/2019
0

PEKAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah hari ini berkenan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd