• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Muda Pahang Pengerusi Jumaah Pemangku Raja

oleh
22/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berkenan melantik ahli-ahli Jumaah Pemangku Raja dalam majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan yang diadakan di Bilik Mengadap Besar Istana Abu Bakar, Pekan di sini hari ini.

Ahli-ahli Jumaah berkenan akan menjalankan tugas-tugas Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Diraja Sandhurst (Royal Military Academy Sandhurst) di United Kingdom sehingga 15 Disember ini.

Pada majlis tersebut, Al-Sultan Abdullah berkenan melantik Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah sebagai Pengerusi Jumaah Pemangku Raja bermula 15 Februari hingga 15 Disember 2019.

Pelantikan diadakan mengikut Fasal 1 (a) Perkara 18 (Bahagian Pertama) Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri iaitu jika sekiranya Raja Pemerintah dipilih memegang jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, maka Raja Pemerintah boleh melantik Pemangku Raja atau Jumaah Pemangku Raja bagi menunaikan tugas-tugas diraja sehingga sampai masanya baginda berhenti menjalankan tugas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sementara Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Sultan Ahmad Shah, pula dilantik menjadi Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang juga bagi tempoh yang sama. – BERNAMA

Tags: tengku abdul rahmanTengku Muda Pahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Tengku Muda Pahang Kemalangan Di Mersing

20/06/2019
0

KUANTAN - Cik Puan Muda Pahang, Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff mengalami kecederaan pinggang selepas kenderaan jenis Toyota...

Tengku Muda Pahang Yakin Kewibawaan Kekanda

15/01/2019
0

PEKAN - Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah hari ini menzahirkan rasa penuh keyakinan terhadap kebolehan kekandanya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd