• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Aidilfitri Terakhir Obama Di White House Meriah

oleh
23/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menganjurkan sambutan majlis Aidilfitri yang terakhir di White House di sini sebelum tamat pemerintahan hujung tahun ini.

Media melaporkan majlis itu merupakan tahun ketujuh berturut-turut dianjurkan Obama, 54; di kediaman rasminya selain program iftar atau berbuka puasa bersama pemimpin Islam setiap kali Ramadan.

Amalan berkenaan mula diperkenalkan penyandang presiden sebelum itu Bill Clinton sebagai tanda pengiktirafan terhadap rakyat AS beragama Islam yang teguh menyokong parti Demokrat dan patriotik terhadap negara tersebut.

Secara kebetulan, majlis sambutan Hari Raya Puasa itu diadakan waktu sama Kongres Tahunan Parti Republikan yang berlangsung di Cleveland, Ohio kira-kira 600 kilometer dari ibu kota AS di sini pada lewat Khamis lalu.

Kongres oleh seteru tradisi Demokrat itu menyaksikan hartawan kontroversi, Donald Trump secara rasmi disahkan sebagai calon presiden AS bagi mewakili parti tersebut untuk mencabar lawannya dari Demokrat, Hillary Clinton.

Sambutan Aidilfitri Terakhir Obama Di White House Meriah

Dalam pada itu, Obama ketika berucap memuji sumbangan masyarakat pendatang Muslim kepada AS selama ini sambil menambah bahawa sebarang diskriminasi terhadap agama Islam hanya menyokong usaha pihak pengganas.

“Muslim Amerika sama patriotik dan bersepadu seperti anak watan AS lain,” kata beliau yang berbangga Ibtihaj Muhammad muncul atlet wanita pertama negara itu berhijab pada Sukan Olimpik di Rio de Janeiro bulan depan.

“Tidak kira keluarga bergenerasi di sini atau anda pendatang baharu, Muslim Amerika lapisan penting negara kita,” ujarnya yang pernah melawat Al Azhar di Mesir, selain negaranya dibesarkan, Indonesia dan jirannya, Malaysia.

Pentadbiran Obama berdepan kritikan terhadap rancangan menerima 10,000 imigran Syria ke AS tahun ini yang menyebabkan beberapa tokoh Republikan memberi amaran pengganas dikuatiri menyamar sebagai pelarian.

Trump malah mencadangkan larangan sementara untuk orang Islam daripada memasuki AS susulan insiden seorang warga Muslim Amerika dan isterinya membunuh 14 orang di San Bernardino, California pada tahun lalu.

Sambutan Aidilfitri Terakhir Obama Di White House Meriah

Waima tidak menamakan Trump secara spesifik, Obama menyatakan bahawa dasar-dasar diskriminasi terhadap Muslim Amerika seolah-olah menghina nilai-nilai yang membuatkan AS mampu menjadi sebuah negara yang hebat.

Beliau mengajuk Trump yang menyampaikan ucapan penerimaan pencalonan pada konvensyen Republikan itu yang kebetulan menggunakan frasa ‘jadikan Amerika hebat lagi’ sebagai cogan kata rasmi kempen oleh parti tersebut.

“Dengan hanya tuding jari ke arah Muslim Amerika ia umpama ditipu pengganas seperti Daesh dan beri gambaran seolah-olah Barat sedang berperang dengan sebuah agama yang dianuti lebih sebilion orang,” tegas Obama lagi.

Beliau turut merujuk sepucuk surat menyayat hati diterima daripada seorang gadis Muslimah AS bernama Aisha yang berkata: “Saya pernah terfikir mahu tanggal hijab untuk bersama dengan rakan kerana agama saya dihina.”

Obama yang juga presiden AS pertama daripada kalangan kulit hitam dan berjaya memerintah selama maksimum dua penggal menambah: “Itu bukan satu isu keselamatan negara yang bijak.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AidilfitriBarack ObamaWhite House
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

Putera Mahkota Arab Saudi Bertemu Trump Di Rumah Putih 18 November

Putera Mahkota Arab Saudi Bertemu Trump Di Rumah Putih 18 November

04/11/2025
0

WASHINGTON: Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, akan berkunjung ke Rumah Putih untuk lawatan kerja rasmi bersama Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd