• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Kunjungan Pelancong Tidak Terjejas

oleh Ahmad Albab
23/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Sebarang kes yang didakwa berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak menjejaskan kunjungan pelancong ke negara ini, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata pelancong akan takut untuk berkunjung ke sesebuah negara itu sekiranya berlaku peperangan.

“Apa (pergolakan) yang berlaku seperti di Syria dan Mesir menyebabkan kesan kepada pelancongan begitu teruk sekali tetapi tidak di Malaysia, di sini tidak ada kesengsaraan atau peperangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Citrawarna Siam Kelantan di Wat Sukhontharam, Kubang Panjang di sini, malam tadi.

Beliau ditanya sama ada sektor pelancongan negara terjejas dengan langkah Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang telah memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperolehi melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.

Mohamed Nazri berkata kes berkaitan 1MDB tiada kaitan dengan pelancongan kerana pelancongan Malaysia berteraskan kepada keindahan alam semulajadi dan kebudayaan masyarakat.

Beliau juga menyelar pihak tertentu termasuk pembangkang yang cuba memburukkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai tohmahan, sedangkan saman sivil itu tiada kaitan dengan perdana menteri.

“Saya beri sokongan moral kepada perdana menteri untuk beliau teruskan tanggungjawabnya, rakyat pilih beliau pada pilihan raya umum ke-13 lalu untuk memimpin negara, jangan hiraukan perkara seperti ini,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis tersebut, Mohamed Nazri berkata kerajaan mahu mengekalkan seni dan budaya masyarakat Siam yang unik melalui pelbagai program yang dianjurkan setiap tahun.

Antara program tersebut ialah pesta Songkran, festival Loy Krathong dan Citrawarna Siam Kelantan.

Beliau berkata seni dan budaya yang tidak dipelihara dan dilindungi dengan betul boleh dicemari unsur lain dan menyebabkan kepupusan nilai budaya yang begitu berharga. – BERNAMA

Tags: 1MDBNazri Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Melayu Menolak 1MDB Dan Rasuah’ – PN Johor

‘Melayu Menolak 1MDB Dan Rasuah’ – PN Johor

06/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali diungkap menjelang...

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd