• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Keluarga Harap Pencarian Diteruskan

oleh Ahmad Albab
23/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan Mesyuarat Tiga Pihak Peringkat Menteri mengenai pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 untuk menggantung gerakan pencarian pesawat malang itu menimbulkan rasa kecewa waris penumpang dan anak kapal.

Tinjauan Bernama hari ini mendapati mereka rata-rata berharap usaha itu diteruskan demi mendapatkan satu penutup kepada episod sedih keluarga masing-masing.

Di KEDAH, keluarga Jee Jing Han, 43, yang berasal dari Jitra, berharap pencarian diteruskan sehingga jawapan mengenai kehilangan pesawat MH370 dapat dirungkai dengan jelas.

Abangnya, Jee Ying Seong, 44, berkata keluarganya tidak mahu pencarian tersebut digantung atau dihentikan oleh pasukan penyelamat kerana keluarganya sentiasa berharap mereka menemuinya.

Beliau berkata pihak bertanggungjawab perlu merungkai persoalan yang belum terjawab bagi memastikan keluarganya berpuas hati dengan jawapan tentang tragedi itu.

“Walaupun sukar untuk temui jawapan yang tepat sejak 2014, tetapi kami sentiasa berharap untuk mendapat jawapan dari pihak berkuasa. Kerajaan perlu teruskan usaha pencarian bagi memastikan keluarga mangsa pesawat itu mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Malaysia, China dan Australia dalam mesyuarat hari ini sebulat suara bersetuju supaya gerakan mencari pesawat MH370 akan digantung apabila pencarian selesai dilakukan di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi.

Dalam kenyataan bersama itu, yang dibacakan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ketiga-tiga negara berkenaan menegaskan bahawa penggantungan itu tidak bererti usaha mencari ditamatkan, sebaliknya memberi jaminan langkah sewajarnya akan diambil jika terdapat maklumat baharu yang berwibawa dan boleh digunakan untuk mengesan lokasi khusus mengenai pesawat berkenaan.

Di PAHANG, Selamat Omar, 63, bapa kepada Mohd Khairul Amri, 29, yang merupakan penumpang MH370 berkata kerajaan sepatutnya membuat keputusan meneruskan gerakan mencari pesawat itu di satu kawasan baharu yang terdapat petunjuk baharu.

“Semasa menunggu pengumuman tadi, saya mengharapkan mungkin kerajaan hendak maklumkan pencarian akan diteruskan di kawasan baharu tetapi sebaliknya mengumumkan usaha mencari MH370 ini akan digantung…apa yang boleh saya kata, saya agak terkilan.

“Sepatutnya terus mencari di kawasan baharu pula sekiranya tiada di lokasi pencarian sekarang, penggantungan ini tidak perlu,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, Selamat meminta pertimbangan kerajaan untuk meneruskan pencarian MH370 di lokasi baharu yang boleh menyumbang kepada penemuan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berkenaan.

Di SELANGOR, waris penumpang pesawat itu, Zurihan Yusop, 45, menggesa kerajaan mengeluarkan kenyataan yang lebih jelas berhubung operasi pencarian pesawat itu.

Beliau yang merupakan adik Muzi Yusop berharap penjelasan lebih mendalam dapat diberi kepada waris berhubung penggantungan operasi itu selain laporan akhbar hari ini menyatakan bahawa operasi pencarian pesawat itu berada di lokasi yang salah.

“Kita akan lebih kecewa jika laporan akhbar itu benar…sekiranya mahu digantung bila pencarian itu akan disambung semula kerana sebelum ini kerajaan berjanji akan tetap meneruskan operasi pencarian sehingga pasukan operasi penemui bangkai pesawat berkenaan,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Tags: MH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd