• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Selamat Mungkin Diadakan Di Luar Musim Perayaan

oleh Ahmad Albab
22/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk melaksanakan Op Selamat yang tidak terhad kepada musim perayaan semata-mata, bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata operasi berkenaan dicadangkan untuk dilaksanakan secara berkala.

“Operasi berkenaan akan dilaksanakan di luar musim perayaan terutamanya di beberapa lebuh raya yang dikenal pasti kawasan sering berlaku kemalangan.

“Setakat ini, PDRM telah mengenal pasti sebanyak 78 kawasan ‘blackspot’ yang kerap berlaku kemalangan iaitu di Jalan Persekutuan dan Jalan Perbandaran di sekitar ibu kota sahaja,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen terbaik Op Selamat 9/2016 sempena Aidilfitri di Terminal Bersepadu Selatan, dekat sini.

Noor Rashid berkata jika dilihat, trend kemalangan serius berlaku kebanyakannya berpunca daripada pemandu-pemandu tempatan dan bukannya pemandu dari luar daerah yang ingin pulang ke kampung.

“Walaupun kadar kemalangan pada tahun ini meningkat 2.6 peratus berbanding tahun lalu, kadar kemalangan maut mencatat penurunan dan PDRM dapat menyelamatkan 30 nyawa menerusi Op Selamat baru-baru ini.

“Untuk operasi komprehensif ini, pihak polis akan menggunakan dua pendekatan iaitu secara ‘total enforcement’ dan ‘services’ seperti Op Selamat yang telah dibuat baru-baru ini,” katanya.

Ditanya bila tempoh pelaksanaan operasi itu, Noor Rashid berkata pihaknya masih dalam perbincangan dan belum menetapkan tarikh pelancarannya.

Pada Op Selamat 9/2016 sempena Aidilfitri yang bermula 29 Jun hingga 13 Julai, sebanyak 8,726 kes kemalangan direkodkan di Jalan Bandaran, 4,506 kes di Jalan Persekutuan, 4,125 kes di jalan negeri dan 2,315 kes di lebuh raya.

Jumlah kematian akibat kemalangan pada Op Selamat 9/2016 ialah sebanyak 299 kes manakala pada Op Selamat 7/2015 mencatat 330 kes kematian. – BERNAMA

Tags: PDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PEKAN – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd