• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pengecualian Terhadap 1MDB Jika Terbukti Salah Laku

oleh Ahmad Albab
21/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seperti yang sering ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian jika terbukti berlaku sebarang salah laku berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Beliau berkata 1MDB, dana pelaburan kerajaan, telah menjadi bahan pelbagai siasatan di Malaysia termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang dwipartisan.

“Pihak berkuasa Malaysia yang telah memulakan siasatan ke atas 1MDB. Selepas penyiasatan menyeluruh, peguam negara mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan. Dan 1MDB masih menjadi bahan siasatan Polis Diraja Malaysia.

“Kita mengambil maklum tindakan undang-undang sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap pelbagai aset,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Seperti yang ditegaskan sebelum ini, katanya, kerajaan Malaysia akan memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan mengikut undang-undang ke atas syarikat Malaysia dan rakyatnya tertakluk kepada protokol antarabangsa.

Sementara itu, 1MDB dalam kenyataannya berkata ia bukan pihak yang terlibat dalam saman sivil tersebut, tidak mempunyai aset di Amerika Syarikat, atau pun mempunyai sebarang kepentingan dalam pelbagai transaksi yang dinyatakan dalam saman berkenaan.

“1MDB sedar mengenai sidang akhbar yang diketuai peguam negara Amerika Syarikat hari ini berkaitan tindakan saman sivil yang difailkan kerajaan Amerika Syarikat.

“Tambahan pula, kenyataan itu berkata 1MDB tidak dihubungi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat atau mana-mana agensi asing berkaitan siasatan mereka.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, 1MDB akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa asing yang sah, tertakluk kepada protokol antarabangsa yang mengawal perkara itu serta nasihat pihak berkuasa tempatan yang berkaitan,” tambah kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: 1MDBNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd