• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Kilat Di Pulau Pinang: Salah Siapa?

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Beberapa pihak kini menuding jari mencari kesalahan siapa yang bertanggungjawab menyebabkan kejadian banjir kilat yang melanda Pulau Pinang semalam.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah dari Barisan Nasional (BN) mengaitkan banjir di Teluk Bahang itu dengan sistem saliran yang ketinggalan zaman manakala kerajaan negeri DAP menegaskan bahawa banjir itu disebabkan oleh hujan lebat dan air pasang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata hujan lebat itu menyebabkan banjir di kebanyakan tempat termasuk di Teluk Bahang, Teluk Kumbar, beberapa kawasan di Bayan Lepas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

“Hujan lebat sebanyak 250mm sehari di Teluk Bahang menyebabkan banjir dan berdasarkan siasatan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, banjir di lapangan terbang disebabkan oleh masalah dalaman,” kata Lim ketika melawat mangsa banjir di Teluk Bahang.

Lim berkata beliau difahamkan bahawa kira-kira 65mm hujan dicatatkan semalam di Teluk Kumbar yang mengakibatkan banyak kawasan dilanda banjir.

Shah Headan berkata pejabatnya telah meminta supaya saliran di kawasan itu dinaik taraf pada 2013, namun sehingga kini, kerajaan negeri gagal berbuat demikian.

“Kami meminta kerajaan negeri menjalankan naik taraf yang diperlukan pada 2013, malangnya sehingga kini, tiada apa-apa yang dilakukan, sekaligus menyebabkan banjir pada 2014 dan semalam, yang terburuk bagi penduduk di sana,” katanya.

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas dan projek Teluk Kumbar berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Teluk Kumbar, Lim berkata kerajaan negeri telah meluluskan kira-kira RM12 juta untuk projek tebatan banjir.

“Kita perlu mengikut prosedur operasi standard sebelum projek itu boleh disiapkan dan saya menggesa penduduk di sini supaya bersabar dengan situasi ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: banjir kilat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd