• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Afdlin Teruja Kembali Bergandingan Dengan Erra

oleh AK-47
19/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan pengarah popular, Afdlin Shauki menyatakan keterujaannya dapat bergandingan semula dengan Erra Fazira menerusi teater Mencari Sumaiyah yang bakal dipentaskan Ogos ini.

Mencari Sumaiyah bakal memperlihatkan sisi antagonis Afdlin yang akan digilap oleh pengarahnya, Dira Abu Zahar dan juga Datuk Hans Isaac selaku Pengarah Kreatif.

Afdlin Teruja Kembali Bergandingan Dengan Erra
Erra Fazira

“Saya tertarik dengan teater ini kerana dapat bekerja balik dengan kawan-kawan terutama sekali Erra pasal dah lama saya tak bekerja dengan Erra,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Teater Mencari Sumaiyah yang diadakan di Istana Budaya, semalam.

Kali terakhir Afdlin bekerjasama dengan Erra adalah menerusi filem Gila-Gila Pengantin Popular yang ditayangkan 11 tahun lalu.

Mengulas mengenai persetujuannya membintangi naskhah teater ini yang dilihat terlalu suntuk masa latihan dan pementasannya Afdlin menjelaskan, “benda yang cepat tak semestinya tak berkualiti, dia terpulang kepada bahan mentahnya (pelakon dan krew produksi), kalau bahan mentah dia bagus, walaupun dalam masa yang singkat, boleh tetap menjadi benda yang berkualiti.

“Watak saya dalam teater ini watak antagonis, yang menimbulkan masalah terhadap watak-watak perempuan. Teater ini ala-ala Cuci tapi versi wanita,” ujarnya lagi.

Mencari Sumaiyah bakal dipentaskan bermula 8 hingga 14 Ogos di Panggung Sari, Istana Budaya.

Selain Afdlin dan Erra, teater ini turut dibintangi Sherry Al-Hadad, Nadia Aqilah, Ruzana Ibrahim dan Aisya Hasnaa.

Afdlin Teruja Kembali Bergandingan Dengan Erra

Naskhah yang ditulis oleh Junad M.Nor ini mengisahkan tentang empat tukang jahit, Zaitun, Faridah, Mariam dan Salmi dalam merealisasikan impian mereka untuk bergelar tukang jahit terkemuka.

Dalam pada mengejar impian, nilai persahabatan mereka menemui pelbagai ujian. Dapatkah mereka mengharunginya atau adakah ikatan persahabatan di antara mereka akan terlerai?

Semuanya bakal terjawab menerusi pementasan teater muzikal ini.

Tiket-tiket berharga RM40, RM60, RM80, RM100, RM130 dan RM150 boleh didapati menerusi laman sesawang www.airasiaredtix.com atau anda boleh hubungi talian 03-40265558 untuk maklumat lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: myArtispelakonselebrititeater
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Universiti Malaya Mohon Maaf Persembahan Teater Tidak Bermoral

Universiti Malaya Mohon Maaf Persembahan Teater Tidak Bermoral

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung isu adegan dalam sebuah persembahan teater yang tular di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd