• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahfuz Kata PAS Jangan Kekal Bebal

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas PAS Pusat kerana menganggap seruan supaya parti itu kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan cuma pandangan peribadi Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau mendakwa kononnya PAS Pusat tidak boleh kekal dalam kebebalan dan kebodohan sebaliknya perlu bijaksana supaya pembangkang memenangi Pilihan Raya Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Kepimpinan PAS pusat tidak seharusnya melihat cadangan Tuan Ibrahim sebagai pandangan peribadi beliau. Pandangan tersebut untuk membawa kembali PAS ke arus perdana politik negara.

“Jangan kita kekal dalam kebebalan. Jangan simpan kesilapan dan kebodohan,” katanya dalam satu kenyataan media yang mengutuk partinya sendiri hari ini.

Mahfuz diketahui umum salah seorang pemimpin PAS yang masih kekal dengan parti itu namun berfahaman Pakatan Harapan.

Beliau dalam pada itu memuji wakil rakyat PAS di Selangor kerana berani menyokong saranan supaya PAS berkompromi dengan parti pembangkang lain termasuk DAP.

Dakwanya, langkah berani Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor itu menunjukkan adalah penting PAS kembali bersama Pakatan Harapan.

“Sokongan mereka untuk kompromi satu perakuan terhadap kewujudan parti pembangkang lain walaupun sebelum ini parti ini dianggap oleh PAS sebagai mengkianati PAS,” katanya merujuk kepada penubuhan Parti Amanah Negara (PAN).

Tuan Ibrahim sebelum ini menyarankan PAS dan Pakatan Harapan perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri dan kembali bekerjasama bagi menyerang UMNO.

Malah, beliau menyeru seluruh pemimpin, ahli dan penyokong PAS menghormati sebarang perbezaan dengan Pakatan Harapan dalam isu akidah Islam sebagai langkah berkompromi.

PAS Pusat bagaimanapun menegaskan seruan Tuan Ibrahim itu cuma pandangan peribadi beliau.

PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang Pakatan Rakyat oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun lalu.

DAP dan PKR kemudian mewujudkan Pakatan Harapan yang turut dianggotai PAN yang dianggotai beberapa bekas pemimpin PAS. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mahfuz OmarPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd