• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Yan: 166 Mangsa Dipindah Ke 4 Pusat Pemindahan

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Empat buah pusat pemindahan dibuka sejak malam tadi bagi menempatkan 166 mangsa daripada 42 keluarga di empat buah kampung di sini yang terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Yan, setakat pukul 2 pagi tadi, pusat pemindahan yang beroperasi termasuk Surau Teroi Bukit, Masjid Titi Teras, dan Surau Nurul Huda di Guar Chempedak serta Surau Kampung Lubuk Boi di pekan Yan.

Beliau memberitahu Bernama hari ini pusat pemindahan di Surau Teroi Bukit dibuka sejak pukul 9.30 malam dan menempatkan 100 mangsa daripada 25 keluarga, manakala di Masjid Titi Teras pula mula dibuka pada pukul 10 malam yang menempatkan 38 mangsa daripada 12 keluarga.

“Di Surau Nurul Huda Batu 18 1/2, pusat pemindahan beroperasi sejak pukul 9 malam yang menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga, manakala Surau Kampung Lubuk Boi yang dibuka pada pukul 10 malam, menempatkan 18 mangsa daripada tiga keluarga,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kedahmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd