• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Khairul Idham Luah Rasa Kecewa Kerana..

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK – Walaupun gembira meraikan kejayaan anaknya di perlumbaan Moto3 Grand Prix Jerman semalam, Pawi Omar tetap terkilan tiada pihak membantu membiayai kos pegawai pengiring untuk Khairul Idham.

Menurut Pawi sehingga kini, mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi melancarkan karier anaknya termasuk membiayai pegawai pengiring yang menjaga pelumba negara berusia 17 tahun itu yang lebih dikenali dengan Kip dan Keon.

Pawi berkata pihaknya memerlukan dana sebanyak RM200,000 untuk urusan itu dan amat berharap kemenangan kali ini dapat membuka mata lebih banyak pihak.

“Saya memang gembira bila sekali lagi Keon dinobatkan sebagai juara dan masih berharap ada pihak yang memberi perhatian selepas dia membuktikan kemampuannya, kerana sehingga kini kos pegawai pengiring masih lagi ditanggung kami sendiri.

“Apapun saya berterima kasih kepada kerajaan Perak atas bantuan mereka baru-baru ini dan berharap ada lagi pihak lain yang boleh membantu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Bapa Khairul Idham Luah Rasa Kecewa Kerana..
Khairul Idham raih kemenangan podium kedua.

Dalam perlumbaan Moto3 di Sachsenring semalam, Khairul Idham membuktikan kemampuan berlumba di atas litar basah apabila memintas satu demi satu pesaingnya selepas memulakan saingan dari petak ke-20.

Kemenangan di Jerman itu adalah yang kedua buat Khairul Idham selepas menawan GP Argentina pada April lalu. Ini adalah musim sulung pelumba itu dalam Moto3.

Pawi berkata beliau tidak pernah melepaskan peluang menonton siaran perlumbaan melibatkan anaknya sejak dari awal Khairul Idham menceburi sukan permotoran.

“Hati ayah mana yang tidak gementar bila melihat perlumbaan tersebut kerana ketika itu hujan dan litar basah.

“Saya risau dia jatuh kerana ada satu ketika dia hampir terjatuh tapi dapat mengawal motosikalnya dan meneruskan perlumbaan seperti biasa,” katanya.

Mengulas lanjut katanya pada babak akhir perlumbaan walaupun Khairul Idham dilihat dalam keadaan selesa untuk menang, debarannya tetap tidak hilang sehinggalah anaknya itu melintasi garis penamat dan menjadi juara.

Ditanya gelaran pakar perlumbaan di litar basah yang diberikan sesetengah pihak kepada anaknya, Pawi berkata anak ketiga daripada empat beradik itu sememangnya menggemari dan berkebolehan beraksi di litar basah.

“Dia ini memang suka berlatih terutama ketika hari hujan. Kalau hujan, dia akan capai jaket lumba dan berlatih di Litar Datuk Sagor, Kampung Gajah.

“Mungkin disebabkan dia sudah biasa menunggang di trek basah, jadi tiada masalah buat dia untuk berlumba dengan baik dalam kea­daan seperti itu,” katanya.

Khairul Idham yang kini bersama pasukan Honda Team Asia yang berpangkalan di Sepanyol memulakan kerjaya sebagai pelumba pada 2012 dengan menyertai perlumbaan ‘Honda One Make Series’ sebelum memenangi juara kategori Wira Cub Prix pada 2013, diikuti kejuaraan pada Asia Dream Cup setahun kemudian. – BERNAMA

Tags: Khairul Idham Pawi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KIP Berjaya Jalani Surgeri Jari Di Sepanyol

14/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Penunggang Moto2 kebangsaan, Khairul Idham Pawi berjaya menjalani surgeri tangan kanannya di Hospital Universitari Dexeus di Barcelona,...

Salah Pilih Tayar Jejas Khairul Idham, Adam Noroddin

29/10/2016
0

SEPANG - Pilihan tayar tidak bersesuaian dengan trek basah menjadi punca prestasi hambar dua pelumba Moto3 negara, Adam Noroddin dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd