• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Bashah Hanya Jalani Pemeriksaan Biasa – S/U Akhbar

oleh Ahmad Albab
18/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berada dalam keadaan sihat dan hanya menjalani pemeriksaan biasa di Kedah Medical Central (KMC) hari ini.

Setiausaha Akhbarnya, Nahar Tajri berkata, Ahmad Bashah bertemu doktor pada kira-kira pukul 10 pagi selama 30 minit bagi membincangkan mengenai kesihatannya.

“Selain menjalani pemeriksaan, Ahmad Bashah turut berbincang dengan doktor mengenai keadaan semasa dan cara penjagaan kesihatannya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas beberapa keping gambar menunjukkan kereta rasmi yang membawa Ahmad Bashah berada di hadapan KMC, viral di laman sosial.

Ahmad Bashah menjalani pembedahan kecil di Hospital Pulau Pinang pada 6 Jun lalu akibat komplikasi usus dan kembali bertugas pada 3 Julai lalu.

Beliau sebelum itu dimasukkan ke KMC selepas pitam ketika menghadiri mesyuarat dengan Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Kedah pada 4 Jun lepas. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipahhospital
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd