PELAKON jelita, Rita Rudaini atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 40, mengakui pernah rapat dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai tempat meluahkan perasaan selepas bergelar ibu tunggal.
Walau bagaimanapun, Rita juga menjelaskan bahawa lelaki tersebut telah meninggal dunia pada April kerana kerana menghidap penyakit kronik.
“Kami hanya berhubung melalui alam maya dan dia merupakan lelaki yang paling memahami saya dan dia tempat yang paling selesa untuk berkongsi masalah dan perasaan.
“Kami belum pernah berjumpa kerana dia tinggal di luar negara, dan dia telah meninggal pada Aril lalu,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Rita, dia dan lelaki itu hanya bergelar kawan rapat semata-mata dan dia telah memberitahu kepada lelaki itu bahawa dia tidak mahu berkahwin. – MYNEWSHUB.CC

