• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lambat Bertindak Punca T-Team Tewas

oleh Ahmad Albab
17/07/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Tindak balas yang lambat khususnya daripada barisan pertahanan, jelas mengecewakan jurulatih T-Team, Rachmad Darmawan apabila terpaksa berputih mata di gelanggang sendiri malam tadi.

Katanya walaupun pemain telah cuba mampamerkan aksi seimbang, tindak balas yang lambat daripada benteng pasukan membolehkan Pulau Pinang mencuri tiga mata berharga di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini.

“Ini adalah cabaran bagi saya untuk memperbaiki aksi pemain dan saya akan berkomunikasi dengan mereka agar dapat mempertingkatkan persembahan selepas ini.

“Aksi seimbang yang kita pamerkan gagal mengatasi pasukan lawan,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawan malam tadi.

Dalam perlawanan itu, jaringan hatrik pemain import, Patrick Dos Santos Cruz gagal membantu tuan rumah apabila terpaksa akur dengan kekalahan 3-4 kepada pelawat.

Cruz menghasilkan gol pada pada minit ke-19 dan ke-63 sebelum melengkapkan hatriknya menerusi sepakan penalti minit ke-82.

Sebaliknya skuad Harimau Kumbang yang menghuni tangga terakhir Liga Super mencatat kemenangan kedua mereka dalam liga apabila Ranti Martins Soleye yang menyumbang gol pertama pada minit ke-35, mengesahkan kemenangan pasukan pelawat dengan jaringan keempat, lima minit sebelum permainan tamat.

Dua lagi gol Pulau Pinang diperoleh menerusi jaringan Jeong Seok Min pada minit ke-59 dan 66.

Rachmad mengakui perlu memperkemaskan semua posisi pasukannya bagi perlawanan selepas ini bagi memastikan tidak terus kehilangan mata. – BERNAMA

Tags: T-Team
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

T-Team Kekal Dalam Liga Super Musim Depan

29/10/2017
0

KUCHING - Tiada yang lebih menggembirakan jurulatih T-Team Rachmat Darmawan selain bersyukur apabila pasukannya berjaya mengekangkan Sarawak, sekali gus kekal...

Piala Malaysia: T-Team Bangkit Dari Kekalahan Bertimpa

02/08/2017
0

KUALA TERENGGANU – Selepas mengharungi empat perlawanan tanpa sebarang kemenangan dalam kempen Piala Malaysia, pasukan T-Team bangkit menebus kekecewaan itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd