• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan Rampas Kuasa, Pelajar Malaysia Di Turki Ketakutan

oleh Ahmad Albab
17/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CUBAAN rampasan kuasa di Turki lewat Jumat turut menakutkan kumpulan pelajar Malaysia di Istanbul. Namun, mereka memberi jaminan kepada The Star Online bahawa mereka berada dalam keadaan selamat.

Pelajar pengajian perhubungan antarabangsa, Amirulmukminin Amiruddin, yang lebih dikenali sebagai al-Mahdi dalam kalangan rakan-rakannya dapat menyaksikan apa yang berlaku disebabkan dia tinggal berhampiran dengan balai polis.

“Rampasan kuasa ini bermula kira-kira pukul 8 atau 9 malam Jumaat apabila dua buah jambatan utama di Istanbul ditutup. Pada mulanya kami sangka ia mungkin adalah sekatan jalan raya biasa oleh pihak berkuasa.

“Kami fikir tentera dan polis sedang bekerjasama untuk operasi keselamatan selepas serangan lapangan terbang Ataturk bulan lepas,” katanya kepada The Star Online awal pagi Sabtu, melalui panggilan WhatsApp.

Beliau merujuk kepada Jambatan Bosphorus dan Jambatan Fatih Sultan Mehmet di Istanbul.

“Tetapi kemudian muncul beberapa buah kereta kebal dan jet pejuang tentera Turki muncul di udara,” kata beliau.

Ketika beliau sedang bercerita, bunyi helikopter malah masih dapat didengar jelas melalui telefon.

Selain itu, wartawan The Star juga dapat mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran ketika temubual dijalankan.

“Masjid dekat sini sedang memasang ‘selawat’ untuk menenangkan rakyat. Keadaan sangat buruk. Saya juga takut sebenarnya.

“Rumah saya dekat dengan ibu pejabat polis. Polis berbalas tembakan dengan tentera. Saya lihat tentera berarak dan menuju ke balai polis. Polis telah memasang benteng penghadang dan mereka menembak antara satu sama lain.

“Saya berlari ke rumah dan membuka komputer riba saya. Saya boleh mendengar kekecohan itu kerana rumah saya hanya 5 minit berjalan kaki dari ibu pejabat polis,” katanya.

“Jiran-jiran saya yang kebetulan merupakan anggota polis meninggalkan rumah mereka dengan masih memakai baju tidur. Mereka memegang senjata api dan berjalan ke arah balai polis,” katanya.

“Pegawai Cawangan Khas (SB) lalu di rumah saya. Mereka memakai pakaian biasa tetapi anda tahu mereka adalah SB jika melihat cara mereka berjalan dan cara pistol dibawa,” katanya.

Amirulmukminin, yang sedang menuntut di Universiti Sabahattin Zaim di Istanbul, berkata beliau telah melaporkan perkara ini kepada persatuan pelajar Malaysia yang seterusnya melaporkan kepada Kedutaan Malaysia.

Tiga rakan serumah Amirulmukminin, Fathi Anas Fauzi, Irfan Khairul dan Syamil Ikhwan juga selamat dan merancang untuk terus berada di rumah mereka.

Mereka juga telah menghubungi ahli keluarga masing-masing.

“Terdapat kira-kira sepuluh rakyat Malaysia di sini tetapi rumah kami agak jauh. Kami semua selamat. Kami memberitahu rakyat Malaysia yang lain supaya tidak keluar,” katanya.

“Kami selamat, tetapi berasa takut kerana tiba-tiba Presiden Turki, Recep Tayyip Edrogan menggesa semua orang untuk keluar ke jalan raya. Saya boleh dengar jiran-jiran menjerit ‘kuasa rakyat’.

“Penyokong Edrogan telah keluar dan berlaku tembak-menembak,” katanya. Akses kepada Facebook dan media sosial juga telah disekat.

Walau bagaimanapun Amirulmukminin dan kawan-kawannya masih dapat berhubung melalui akaun media sosial menggunakan pelayan proksi.

Rakan-rakan dari Malaysia di Turki masih dapat berhubungan melalui WhatsApp.

Amirulmukminin berkata tembakan yang bermula pada pukul 10 atau 11 malam itu telah berlaku selama dua jam.

Erdogan kini selamat di Marmaris, di mana beliau sedang bercuti.

“Kita akan mengatasi masalah ini,” kata Erdogan, bercakap melalui panggilan video ke telefon bimbit sambil dirakam oleh kamera di stesen CNN.

Katanya, beliau akan segera kembali ke ibu negara, Ankara.

Tentera Turki pada Jumaat berkata bahawa mereka telah merampas kuasa, tetapi perdana menteri berkata rampasan kuasa itu akan digagalkan. – mStar Online

Tags: pelajarTurki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd