• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Dan Penyokong Rempuh Masuk UM Malam Tadi

oleh AK-47
29/10/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Walaupun dilarang, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong beliau merempuh masuk ke dalam kawasan Universiti Malaya (UM) mengikut pintu Pantai Dalam, malam ini.

Rempuhan dilakukan pukul 9.30 malam yakni beberapa minit selepas Anwar tiba dan tiada sesiapa yang dilaporkan cedera.

rempuh

Turut sama adalah isteri beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Selepas merempuh masuk, beliau dan penyokong berarak ke Dataran Dewan Tunku Canselor (DTC) sebelum menyampaikan ceramah politik.

Kawasan sekitar dataran gelap dan hanya diterangi dengan lampu kereta.

UM siang tadi mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar akan dianggap sebagai penceroboh jika tetap memasuki kawasan kampus itu walaupun setelah dilarang.

Pengarah Pejabat Hubungan Antarabangsa dan Korporat UM, Zarina Zainol Abidin berkata, UM didirikan di atas lot tanah persendirian dan merujuk kepada Seksyen 89 Kanun Tanah Negara 1965, UM merupakan pemilik berdaftar berdasarkan nama pemilik mutlak seperti yang tercatat di dalam dokumen geran tanah bagi maksud kesemua tanah di dalam kawasan UM.

Pihak UM menganggap program Pidato Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke Penjara yang menjadi punca rempuhan sebagai perhimpunan haram kerana pihak universiti tidak menerima sebarang permohonan dari mana-mana pihak untuk menganjurkan sebarang program seumpama itu malam ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Liwat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Warga Asing Lapor Polis, Diliwat Kenalan Gimnasium

Warga Asing Lapor Polis, Diliwat Kenalan Gimnasium

06/07/2024
45

Petaling Jaya : Tindakan lelaki warga asing yang menerima pelawaan kenalan baru dikenali di gimnasium untuk berbual di rumah bertukar...

Ibu Kelar Bayi: Polis Ambil Keterangan Enam Individu

Suspek Liwat Dua Remaja 15 Tahun Direman Tiga Hari

19/03/2024
0

MERSING: Seorang lelaki ditahan reman tiga hari untuk siasatan kes liwat dua remaja lelaki berusia 15 tahun. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd