• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tak Terburu-Buru Sertai Pakatan Pembangkang Dr. M

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – PAS tidak akan terburu-buru membuat keputusan untuk menyertai pakatan pembangkang baharu yang akan diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pakatan baharu itu sebagai sebuah bahtera yang kelam kabut kerana hanya berhasrat mahu menumbangkan kerajaan sedia ada.

“PAS ada jawatankuasa pusat, jawatankuasa politik dan Majlis Syura Ulama yang akan meneliti dengan terperinci berhubung tindakan PAS sama ada mahu menyertai pakatan itu atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Rusila di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir mengumumkan satu pakatan pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Amanah akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional pada PRU14 akan datang.

Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk parti itu kembali menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP dalam memastikan kemenangan pada pilihan raya akan datang, Abdul Hadi menjelaskan PAS sentiasa berbaik dengan semua pihak termasuk kerajaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata PAS hanya akan bekerjasama dengan pihak yang mahukan perubahan ke arah yang lebih baik dan menyokong dasar serta perjuangan PAS dalam menegakkan syiar Islam di negara ini. – BERNAMA

Tags: Tun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam untuk menjalani...

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd