• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rompak Bersenjata, Penganggur Dipenjara 8 Tahun

oleh Ahmad Albab
15/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan merompak bersenjata dan memiliki kerambit, tahun lepas.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hisyam Mohd Daud, 43, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Azman menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun bagi pertuduhan pertama dan lima tahun untuk pertuduhan kedua dan memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh tangkap, pada 4 Nov 2015.

Dalam penghakimannya, Azman berkata mahkamah berpuas hati dengan keterangan lima saksi pendakwaan dan keterangan tertuduh ketika membela diri pada prosiding kes bermula 4 Mei lepas.

“Mahkamah berpendapat tindakan tertuduh bersama rakannya yang masih bebas itu mempunyai niat bersama untuk melakukan rompakan walaupun ketika kejadian, tertuduh tidak memegang barang kes iaitu parang,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, Hisyam bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa merompak telefon bimbit dan kunci kereta jenis Nissan kepunyaan pemilik kedai runcit, Jawhar Sathik Ahmed Jalaldeen di Pasar Mini Rezeki, di Jalan 12/144A, Taman Bukit Cheras, di sini, pada 7.20 pagi, 4 Nov 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, Hisyam didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah kerambit tanpa maksud yang sah di tempat, tarikh dan masa sama.

Dia didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Terdahulu, peguam bela yang mewakili tertuduh, James FC Fong memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya sudah menyesal dan insaf dengan kesalahan yang dilakukan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamri memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman penjara yang maksimum memandangkan kes samun berkumpulan menggunakan senjata berbahaya kini semakin berleluasa. – BERNAMA

Tags: Penganggurrompakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd